Monday, May 22, 2006

Pilihanraya Sarawak

Pilihanraya sudah tamat. BN menang dengan majoriti mudah. Tapi tergugat dan tersentap apabila DAP menang 9 kerusi. Sebelum ini parti pembangkang hanya menang 2 kerusi.

Faktor utama ialah kerana 'persahabatan' partiĀ² pembangkang bekerjasama tidak melawan satu sama lain di tempat undi yang sama. Kedua ialah kesan daripada tindakan parti pemerintah yang gagal meraih hati rakyat. Isu bebanan harga minyak dan harga barang telah berjaya digunakan DAP dan sekutu untuk menumbangkan BN di 9 kerusi bandar. BN banyak menang di kerusi pekan dan kampung serta ulu.

Walaupun 9 kerusi, itu jugak petanda buruk buat BN kerana bandar adalah kata kunci utama. Ini kerana 9 bandar itu wakil kepada keseluruhan Semenanjung yang kini diperintah oleh BN. 9 bandar itu menang kerana orang2nya yang tahu berfikir dan tahu tentang kepentingan pemerintah dan hak rakyat.

Rakyat tidak lagi menerima tontonan RTM yang menonjolkan PM dan TPM membuat muka kasihan dan membuat kenyataan yang mahukan rakyat memberi mandat kepada kerajaan.

Kerajaan yang memerintah kini termasuk para pembangkang perlu berubah dari menganggap satu undi akan membolehkan aku buat apa yang aku suka. Cara ini boleh dipakai untuk tahun 50-an hingga 90-an sahaja. Masuk abad millenium ini, kesedaran sivik, mental dan hak telah meningkat di kalangan rakyat. Rakyat tahu apa yang patut dibuat oleh PM, TPM dan para menteri yang diundi. Rakyat boleh menilai samada keputusan dan cara pemerintahan dan pentadbiran yang dijalankan adalah munasabah atau tidak.

Rakyat kini lebih berfikiran matang dan dari luar, mereka tahu bagaimana seseorang ahli kabinet itu boleh menjalankan kerja.

Di dalam kes Pilihanraya Sarawak, Taib Mahmud masih bernasib baik kerana masih menang untuk diri dan partinya, BN. Malam diuumumkan keputusan dan kemenangan BN, RTM secara langsung memaparkan Taib Mahmud gembira sambil memotong kek.
Apabila siaran ini dibuat, rakyat bertanya di dalam hati mereka. Adakah aku undi untuk kepentingan diri aku atau kepentingan Taib Mahmud? Adakah jawatan MB itu begitu besar dan tinggi darjat seakan-akan Ayah Pin kerana perlu diberi kek untuk diraikan? Perlukan orang2 suruhan dan sesetengahnya dilihat seperti pencacai menjadi kuli untuk menyenangkan Taib Mahmud?

Rakyat juga bertanya, Sarawak ini milik Taib Mahmudkah seperti mana dia memiliki syarikat? Dia boleh buat suka hatinya, menjadikan dirinya hebat dan orang lain hanya perlu mendengar cakapnya sahaja? Sehingga kalau dia buat lawak, orang lain perlu gelak kerana dia Ketua Menteri Sarawak?

Berapa besarkah taraf dirinya itu?

PM, TPM dan semua ahli kabinet perlu sedar akan hal ini. Cetusan rasa meluat dan benci semakin disemai. Ia bukan disemai oleh parti pembangkang, tetapi ia disemai sendiri oleh penjawat-penjawat berundi. Diri mereka sendiri yang membuatkan orang makin rasa benci.

Kehilangan 9 kerusi bandar adalah kerana orang-orang di bandar lebih bijak, tahu berfikir, tahu selok belok prosedur kerja kerajaan, tahu mana satu salah dan mana satu betul, sedar akan keperluan mereka untuk dibimbing oleh kerajaan, bukannya untuk membimbing kerajaan yang ada.

Kepada kerajaan, sudah banyak kesilapan, lopong dan kelemahan tertonjol. Bagi aku, 70% adalah dari pihak kerajaan melalui bapak-bapak dan ibu menteri, ketua-ketua agensi kerajaan, PBT dan aspek tutup sebelah mata untuk kes yang berprofil tinggi.

Pilihanraya umum akan tiba tidak lama lagi. Adakah di bawah pimpinan kerajaan kini yang meletakkan Islam Hadhari sebagai unsur, boleh bertahan?

Islam Hadhari pada mulanya dilihat gah untuk dipraktikkan, tetapi kini dilihat sebagai Islam Ada Hari. Kenapa? Semua orang boleh tengok dan nilai sendiri. Gejala sosial, jenayah, rasuah, kronisme, nepotisme dan ketidak kecekapan operasi penguatkuasaan. Semua ini melibatkan ahli-ahli kabinet sehingga orang yang kerjanya mengejar dan menyerbu orang. Ada hari boleh buat, ada hari jadi salah. Ada hari pakai tudung, ada hari boleh buang tudung. Adakah ini yang dikata Islam?

Rakyat semakin berani membuat keputusan. Jika silap langkah, jutawan boleh papa kedana, penguatkuasa akan menjadi penjenayah dan tauke menjadi kuli. Rakyat kuasanya besar dan sekelip mata boleh mengubah siapa yang berada di Putrajaya.

Bukan untuk anti BN, pro pembangkang, tetapi itu adalah realiti. Jika mahu terus berkuasa, laksanakan tanggungjawab dengan betul, adil dan cepat.

RTM tak usahlah membuat siaran langsung potong kek, televideo, apa semua tu. rakyat tak mahu itu semua. yang rakyat mahu ialah kerja kerajaan berjalan dengan betul dan tidak menyusahkan rakyat.

Kerajaan dari rakyat, dan rakyat mencipta kerajaan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home