Monday, May 22, 2006

Sembang Proton

aku bukannya orang korporat. Bukannya berduit berjuta-juta. tetapi aku rasa pelik dengan isu Proton. Sudah 10 tahun lebih diwujudkan, tiba-tiba ia dilihat sebagai GLC yang paling tidak kompetitif. Adakah salah CEO yg lalu, atau salah dasar kerajaan?

Proton telah membeli Lotus dari UK melalui kepintaran Datuk Yahya Ahmad yang meninggal dari kemalangan helikopter. Sepatutnya dengan adanya Lotus, isu pergabungan atau kesefahaman syarikat luar tidak perlu timbul lagi. Lotus sudah cukup untuk menghasilkan produk yang bermutu untuk jenama Proton.

Jika dilihat dengan teliti, Proton pada masa ini, sudah mampu mengeluarkan produk-produk yang perlbagai jenis modul. MPV, SUV, coupe, cabriolet, luxury sedan, semuanya Proton boleh buat. Dengan kecairan aset dan simpanan yang tinggi pada satu masa dahulu sepatutnya digunakan untuk menghasilkan R&D untuk produk baru. dan pada masa kini, Proton seharusnya telah mencipta enjin dan model kereta yang terkini.

tetapi apa yang terjadi ialah kerana prospek yang lupa diri menjadikan Proton tidak kompeten. KIA lebih muda dari Proton, tetapi banyak model. Rekabentuk lebih menarik dan berkualiti.

Proton sebelum ini memang menipu pengguna di rakyatnya sendiri dengan menjual produk yang kurang spesifikasi dan mutu berbanding kereta yang dijualnya di pasaran luar. Harga adalah sama, tetapi bahan dan bahagian tertentu di dalam modelnya dikeluarkan apabila dipasarkan di Malaysia. Maka yang menanggung beban adalah rakyat Malaysia sendiri. Kualiti dan keselamatan menjadi lawak jenaka oleh orang2 Proton. Mungkin sebab itu proton menjadi lemah akibat bala yang menimpa mereka.

setakat hari ini, Proton masih lemah dan tidak lagi mampu untuk bersaing. Penghasilan produk2 baru tidak dilihat sebagai core business. Proton kini hanya menuju kepada pemasang kereta. Ini akan terbukti apabila join venturew\ dengan syarikat luar dilakukan. Akhirnya, Proton akan menjadi seperti Naza.

Apa-apa pun, semua ini adalah kelemahan pengurusan. Mungkin orang Melayu jadi kepala. Kalau Cina, mungkin sekarang sudah maju. Tetapi adakah persepsi ini betul? Aku tak tahu. Orang2 atas sahaja yang tahu. Rakyat hanya makan nasi 3 kali sehari, mereka makan macam2 6 kali sehari.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home