Tuesday, May 23, 2006

Cerita AF

Akademi Fantasia dah mula nampaknya di dalam Astro. 20 orang budak2 "yang mahu menambah pendapatan keluarga, mahu jadi artis terbaik," telah ditonjolkan dalam siri-siri AF. Aku ada tengok jugak siri2 ini. Muka semua budak-budak ni memang kanyaq, ada yang dah pakai subang, konon fesyen bagi mereka, budak perempuan bertudung, tunjuk pusat dan macam-macam lagi. Ini juga salah satu punca moral budak2 Melayu makin hampeh.

Aku bukan nak komen pasal moral, tetapi aku nak komen pasal perasaan dan hati budak2 ni. AF kali ini adalah yang keempat. Mereka semua dah tahu bagaimana diri mereka apabila menjadi artis AF. Sewaktu rakaman kelas, persembahan, memberi ucapan dan semuanya telah mereka tahu. Maka akan wujud persediaan diri mereka untuk menunjukkan mereka ini yang terbaik, Ini penting kerana mereka perlu undi SMS. Yang kurang ajar, yang suka mencarut, akan menjadikan muka mereka seperti orang baik apabila ditemuramah. Sopan santun, segan silu. Ada jugak nanti yang mengada-ngada, menunjuk perasaan, menunjuk kecantikan, manja dan semua bala semata-mata untuk menonjolkan diri. Mereka sudah tahu apa yang mereka perlu buat. Maka akan jadi pelakon untuk orang ramai melihat talatah mereka yang dilakonkan dan sedikit diri mereka yang sebenar. Kalau tanya kawan rapat2 mereka, adakah mereka berubah, mungkin ada yang kata masih sama dan ada yang kata telah berubah. Tak tahulah adakah masih sama buruk atau berubah dari baik ke sombong. itu aku tak tau.

apa yang penting, Malaysia kini terlampau banyak artis. Artis dijadikan sebagai saintis yang perlu sangat dihasilkan di Malaysia. Sampai semua stesyen tv nak keluarkan artis. Sekarang ni orang yang berpendidikan tinggi tidak lagi diperlukan. Apa yang perlu hanya tahu menyanyi, menari, watak menarik. Watak menarik mestilah handsome atau cantik, cakap lemah lembut, ada alim2 sikit. Tapi bagi aku, semua itu membuang masa dan melemahkan diri belia negara.

Kesan AF makin menjadikan remaja dan belia leka dan mudah alpa. Terutama si bangsa Melayu. Sudahlah kerja sendiri tak reti, asyik buat anak tak daftar saja banyak. Yang penting, "happy". Kalau Malaysia ni kena serang, macam mana la kita semua nk hidup. Semua remaja dan belia yang kaut2 sudah jadi lembik, mudah diperdaya dan mungkin menjadi pembelot negara. Pembelot ini mungkin ramai di kala Malaysia sudah tertalu lemah dan ingin mudah, ramai yang akan belot dan tidak memepertahankan tanah air.

AF ini menjana duit buat Astro, tetapi kerajaan yang mahukan modal insan yang cemerlang, terbilang dan tak tahu lagi nak bilang mestilah memantau dan mengurangkan fenomena mencari penyanyi hingusan atau mee segera ini.

Astro sepatutnya dibimbing oleh kerajaan untuk menjadikan insan di Malaysia ini lebih berguna. Tapi seperti biasa, kerajaan kita yang lemah lembut mestilah tak mahu berkeras dengan pembayar cukai. Dan mungkin juga orang2 penting di dalam Astro tidak mahu disentuh. Betul ke aku cakap nie? hihi..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home