Tuesday, May 23, 2006

Projek Keretapi Laju Malaysia

Masa era tun Mahathir, telah dicadang dan direkabentuk satu sistem keretapi utara selatan Malaysia. Ia akan menghubungkan landasan keretapi berkelajuan tinggi di antara Padang Besar sehingga ke Johor Bharu. Mengikut spesifikasi yang dikeluarkan dulu, kelajuan keretapi ini ialah 175km/j dan berlandasan ganda. Tender pun dudah dikeluarkan sebelum Pak Lah mengambil alih jawatan PM. Siemens pada masa itu dilihat sebagai pihak yang akan membida projek ini.

Namun, setelah Pm bertukar dari Tun ke Pak Lah, projek ini dihentikan. Sebabnya untuk memastikan penggunaan wang negara lebih baik dan ditumpukan ke arah yang menjana ekonomi dan kebajikan masyarakat. Itu adalah keputusan Pak Lah sebagai PM.

Tapi apa aku punya cerita, aku lebih suka jika projek ini dilaksanakan dan disiapkan lebih cepat. Sebabnya ialah bagi aku ia akan memudahkan perjalanan rakyat yang kaya dan miskin dengan kos yang murah, cepat, selamat dan cekap. Pada ketika ini, bas ekspress adalah pengangkutan yang utama di Malaysia untuk perjalanan jarak jauh. faktor keselamatan dan keselasaan rakyat tidak begitu baik. Sudah berapa banyak kes kemalangan bas ekspres, penipuan tiket, penganiayaan penumpang, kes tempat berhenti rehat, kes cabul dan rogol semuanya pernah berlaku. Walaupun peratus kejadian tidaklah membimbangkan, tapi bagi aku lebih baik adanya sistem keretapi ini.Lagi satu, bila kes nak balik raya utk semenanjung, tak lah 'jammed' di lebuhraya. dah la bayar, tapi jammed dan lambat sampai. kemalangan pun banyak.

Kita lihat sahaja ERL di antara KLIA dan KL Sentral. Ia sungguh selesa, selamat dan tepat. Tiada lagi kes kemalangan dicatatkan kerana ia dikendalikan secara sistematik elektronik dan dipantau secara berpusat. Kemudahan di stesyen dan di dalam gerabak cukup memuaskan.

Tapi kenapa Pak Lah hentikan? Sepatutnya ia diteruskan di samping menjana pembukaan tempat-tempat baru untuk dibangunkan. Tempat-tempat baru pasti akan dibuka apabila sub stesyen keretapi ini didirikan di sepanjang landasan. Rakyat akan dapat menambah peluang ekonomi mereka di tempat-tempat yang sebelum ini tertutup. Kos akan jadi lebih murah dan pemantauan akan menjadi lebih mudah utk kerajaan. kalau nak habis duit, kempen batik dan sutera yang hanya untuk orang2 tertentu dan kaya-kaya jugak memakan wang. apa salahnya kerajaan melabur untuk projek keretapi laju ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home