Tuesday, May 23, 2006

YB Yasin

import balak punya pasal, syarikat sendiri punya pasal, jumpa Ketua Pengarah Kastam punya pasal, YB Jasin terpaksa mengadap Najib dan geng untuk ditemuramah khas. Dalam surat khabar YB Jasin kata nak tolong syarikat bumiputra bermasalah. rupa0rupanya syarikat sendiri. Awat jadi lagu tu?

Setahu aku, sesapa nak jadi YB, tiada langsung pegangan di dalam syarikat. ringkas kata tak terlibat di dalam perniagaan selama mana dia memegang jawatan kerajaan. Tetapi macam mana YB Jasin boleh buat?

YB Jasin ni dulu dalam TV3 pernah jugak komen pasal sekolah kebangsaan yang tidak boleh diterima oleh orang Cina. Dia kata bangunan Surau tu yang buat orang Cina tak mahu hantar anak pergi sekolah. Betapa baiknya YB ini membela orang Cina. Tetapi pada masa bila pula dia nak membela bangsanya sendiri?

apa apapun, sendiri cakap, sendiri tanggung. YB BN sekarang ni bukan macam dulu semasa di bawah pemerintahan Tun M. Dulu isu2 hangat tidak boleh di bawa ke parlimen. Di bawah Pak Lah kini, semuanya terbuka. Mungkin Tun M bijak tidak benarkan isu hangat ke parlimen untuk senang dia buat kerja atau senang nak kaut undi berbanding Pak Lah yang tujuannya untuk meunjukkan ketelusan. Akhirnya keterbukaan semakin terbuka dan kelemahan yang ada terpancul keluar. Kini orang BN sama BN yang tidak puas hati boleh marah sama sama mereka. Sampai Shahrir pun letak jawatan pengerusi BBC.hihi..buatla apa pun, asalkan kerajaan kita nie elok. jgn jadi kerajaan korup...dan berkurap.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home