Tuesday, May 23, 2006

Ekonomi Malaysia Cina saja?

Ekonomi Malaysia kini nampaknya dikuasai oleh orang Cina. Itu adalah realiti. Dari sekecil-kecil perniagaan sehingga semega-mega perniagaan, merekalah yang mereka kuasai. Walaupun perniagaan kecil, tetapi mereka adalah kuat di dalam pasaran sekeliling mereka. Walaupun membuka kedai membaiki basikal, mereka tetap boleh hidup dan menguasai pasaran setempat. Apatah lagi perniagaan yang besar.

Orang Melayu tidak bermiant berniaga kerana ramai keturunan sebelum mereka tidak ada asas untuk berniaga. Orang Melayu sebelumnya ramai yang lebih suka bertani dan bekerja makan gaji terutama dengan kerajaan. namun hari ini, kesedara kepada orang Melayu untuk melibatkan diri di dalam perniagaan mestilah diwawarkan.

Kita lihat kini betapa syarikat kecil dan besar yang dimilik oleh oran gCina menggaji orang Melayu sebagai pekerja bawahan. Dengan insentif yang baik, orang Melayu akan menganggap tauke mereka sebagi tuan yang perlu dihormati kerana merekalah yang memberi gaji. Sedar tak sedar, syarikat yang menggaji pekerja Melayu semakin lama semakin mengajak orang Melayu lupa kepada diri mereka sebenar. iaitu soalh agama dan adab budaya. Berapa ramai anak muda kita yang bekerja di kedai2 telefon, pasaraya dan kedai-kedai barang yang lain yang dimiliki oleh orang Cina tidak menunaikan solat, mengangkut arak, makan sepinggan dengan rakan mereka yang bukan beragama Islam, couple lelaki dan perempuan. Pada masa inilah, soal halal haram ditolak tepi oleh mereka. Setakat mana mereka ini anak2 Melayu mampu bertahan kekuatan iman dan ketebalan budaya Melayu apabila berhadapan dengan arahan tauke Cina mereka? Ada ramai anak2 Melayu kita tidak langsung solat kerana hanya bekerja dan tiada masa. Orang Melayu kini yang muda dan tidak berpendidikan lanjutan tidak mampu bekerja mbesar dan terpaksa bekerja dengan cara ini. Gaji dilingkungan rm400-7-- sudah cukup bagi mereka.

Oleh itu, orang Melayu kena rajin berusaha untuk berniaga. Masalahnya ialah mereka ini takut dengan risiko perniagaan dan tidak tahu selok belok cara bernaiga. ramai yang tidak mulakan. hanya bergantung kepada bulan yang diletak di atas riba. Bila jadi kontraktor, hanya harapkan kontrak kerajaan. dan ada yang dapat, buat kerja tidak betul dan selekeh. Maruah bekerja tidak dipraktikkan.

Nak kata banyak, aku pun Melayu. aku pun kerja makan gaji. Jadi aku harap mana-mana Melayu yang baca ni cubalah untuk berniaga. Jadilah wakil Melayu di dalam bidang perniagaan. Aku mungkin berkecimpung di dalam perniagaan masa tua nanti. Itu pun kalau panjang umur. Geraklah anak bangsa kita supaya rajin bekerja dan berniaga.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home