Thursday, June 29, 2006

Apa Jadahnya?!

Tun M mengadakan Majlis Dialog Sabtu 24 Jun lalu, hari ini hari Khamis, beza hari yang berlalu ialah 5 hari. Dalam tempoh 5 hari ini, video dan cd mengenai ucapan Tun M telah dikeluarkan. Media cetak dan elektronik telah membuat laporan mengenai hal ini. Pelbagai pihak dari serendah-rendah kedudukan sehingga sebesar-sebesar orang telah mengeluarkan kenyataan. Ada yang masuk tv, ada yang sembang kedai kopi, ada yag tulis kenyataan. Dalam tempoh 5 hari ini, pelbagai acara telah terjadi. Ada yang cool, ada yang kelam kabut, ada yang serius, ada yang lawak, ada yang berani, ada yang diam, ada yang tunggu dan lihat, ada yang sorak, ada yang senyum, ada yang menangis.

Bagi akupunya, sepatutnya aku mahu memberi komen mengenai hal ini 2 atau 3 hari lepas. Tetapi aku tertarik dengan maklumbalas orang Malaysia mengenai hal ini. Tak kira la dari media atau mulut orang. Dalam tempoh ini, aku telah membuat analisis mengenai kenapa dan apa kesannya hal kelam kabut tahap cipan ini telah berlaku.

Ada ramai yang menyokong Pak Lah, dan tidak kurang juga yang menyokong Tun M. Semua tidak salah menyokong, tetapi kita hendak tahu mana yang perlu kita ikut. Kedua-duanya ada pro dan kontranya. bagi akupunya pendapat, isu ini timbul apabila seorang manusia yang telah bekerja dan merancang membuat sesuatu sekian lama yang selama ini dianggapnya relevan, telah dihentikan oleh seorang lagi manusia yang baru sahaja menyambung 'jasa' ini yang sebelum ini bersetuju untuk mengangguk apa yang telah diwasiatkan.

Bagi akupuna, hal ini senang sahaja. Kedua-dua manusia ini masing-masing mahu menjalankan tugas yang telah dan sedang dipikul. Masalahnya ialah penilaian dari segi kecekapan. Penilaian kecekapan kepimpinan ini adalah subjektif dan bergantung kepada individu yang mengerjakan tugas. Bagi yang hanya melihat dan menerima hasil dari kerja tersebut, adalah lebih mudah memberi komen dan lebih mudah menghentam. Berbanding dengan yang menjalankan tugas, bebanan adalah lebih berat. bercakap adalah lebih mudah daripada membuat kerja. Nak cakap, sesiapa boleh cakap. Burung kakak tua pun boleh cakap. Nak buat memang sukar.

Di dalam krisis Tun M vs Pak Lah, ada penyokong bagi kedua-dua belah pihak. bagi Tun M, kenapa dia 'menyibuk' adalah kerana dia ingin membuktikan kerjanya yang lalu bukan kerja bodoh setelah dinyahkan oleh Pak Lah segala perancangannya. Manakala Pak Lahlah yang sepatutnya menyelesaikan masalah yang timbul ini dengan meningkatkan tahap kecekepan dan keraguan di dalam pimpinannya. Isu orang ketiga yang dituju kepada anak menantunya memanglah berbaloi kerana ia adalah unsur yang diciptanya sendiri. Penggunaan kroni dan nepotisme akan wujud oleh semua pimpinan. Melainkan pemimpin itu tahu siapa yang perlu ditunjuk dan digunakan olehnya untuk dijadikan kroni dan melaksanakan nepotisme.

Satu lagi sudut, apabila perbalahan ini berlaku, memang ia memberi kesan kepadaperpaduan dan kekuatan umat Melayu. Pihak ketiga yang sedia ada hanya tahu senyum dan bertepuk tangan melihat situasi ini. Oleh itu, perbalahahn ini harus dihentikan.

Kepada Tun M, u should stop interrupting the goverment. Let them plan and execute all their. You better to be a quiet person, yet ready to give your opinion when it is needed. If the Pak Lah plan is failed, the rakyat will condemn them, not you. To Pak Lah, you must to create and manage your leadership personality, and not feel comfortable with your job and the fake respect from your staff. Stop using the KJ, your son inlaw and outsource the government decision to the third party, as well as Tun M said, the man in Tingkat 4.

Kepada Pak Lah, yang sedang bercuti di Australia ketika ini bersama anak cucu, dan kali ini sudah kali kedua keluar bercuti di luar negara tidak seperti Mahathir yang kurang bercuti rasmi, jadilah PM yang dapt menyakinkan rakyat. Kini rakyat berbelah bahgi di antara Tun M dan kamu, Pak Lah. Nak menidakkan Tun M pun tidak boleh kerana ada yang betul apa yang diperkatakan Tun M, dan nak sokong sangat kamu wahai Pak Lah, tidak ada rasa keyakinan untuk membelamu. Lainlah bapak dan ibu2 menteri di bawah kamu yang menyokong kamu secara terbuka dan dihebahkan di dalam media. Mereka itu lalang, semuany amahu menjaga tengkuk mereka masing2. Musuh di dalam selimut adalah lebih bahaya dari musuh yang berada di depan mata. Pantun khas 'haru biru' untuk Pak Lah.

Islam Hadhari jadi mainan,
Projek dulu batal kerana tiada duit,
RM 200b untuk RMK 9 ada pula puncanya,
Pak Lah oh Pak Lah yang depan mata diberi sanjungan,
elakkan kesilapan, supaya tidak melatah bila dicuit,
Tunjukkanlah kehebatanmu,jika tidak imejmu tidak kemana.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home