Thursday, June 15, 2006

Mahathir akupunya Idola

Yep. Aku dah mengaku. Aku orang Mahathir. tak kisahlah orang kata dia zalim, murtad, kuku besi, maha firaun, mamak, p*k*ma*, atau apa2 sahaja. Dalam dunia ni, dia di antara pemimpin yang aku sanjung dan respect termasuk Gaddafi from Libya. Bagi aku, apa yang sanjung kepada mereka ini adalah dari segi kepimpinan mereka dan kecekalan pendirian yang ada di dalam diri mereka. Mahathir jika ditunggu 100 tahun lagi pun tidak akan dijumpa orang seperti Mahathir.

PAS selalu kata Mahathir hina nabi pasal janggut, persenda hudud sebab kudung habis tangan dan hina ulamak kerana kata PAS itu Parti Aslam Malaysia.

Mahathir adalah makhluk yang luarbiasa. Dari pengalamannya sejak kecil yang pernah merasa kepahitan dan kesengsaraan dijajah, menjengah hidupnya sehingga hari ini untuk membalas dendam terhadap kesusahan yang dialami oleh diri dan orang2 dahulu. Dari kedah dia mengembara ke Singapura. Dia di antara Melayu yang masih mampu hidup di kolej singapura.

Aku respect Mahathir kerana kecerdikannya untuk menjadi pemimpin. Menjadi pemimpin bukannya mudah. Menjadi PM untuk mengurus sebuah negara adalah lebih susah dari menjadi Presiden parti. bagaimana Mahathir menjadikan dirinya seorang bos yang hebat untuk semua anak buahnya. Penghasilan keputusan adalah sesuatu yang sukar bagi seseorang pemimpin. Tetapi bagaimana Mahathir melakukannya. Percakapannya yang dapat menjangka dan menjawab apa yang diaju adalah satu kelebihan pada dirinya. Dia berani dengan apa yang dicakap dan dibuat. Dia dapat membuat keputusan untuk 10 tahun akan datang. Dia tahu untuk menjadikan musuh menjadi kawan, mengeluarkan musuh yang tegar dari mengacaunya, mengeluarkan dirinya dari masalah dengan cara yang hebat dan menonjolkan diri melalui keputusannya yang tidak memakan dirinya.

isu dia menghina Islam atau orang atau apa2 sahaja yang dia buat, hanya dia dan Allah yang tahu apa yang dikataknnya. Kekadang di dalam hidup, apa yang kita luahkan tidak mestinya akan turut sama difahami oleh orang lain yang mendengarnya. Dari maksud A, akan menjadi maksud S. itu adalah normalisasi kehidupan. Dia tahu apa yang dia buat.

Aku juga tak kisah apa korang nak kata pada akupunya, tetapi aku sudah tahu dan telah buat keputusan siapa yang aku perlu jadikan sandaran. mungkin akan ada manusia 2 kolot yang baca dalam ni kata,"Ceh, nabi tak mau nak buat idola, si Mahathir pulak jadi idola". Untuk orang2 yang kata begitu, aku nak kata nabi dan Mahathir adalah lain. nabi adalah nabi, nabi directly from God. mahathir is a human, simple human among us who can be a leader to lead us.

Nik Aziz, Hadi Awang tak mampu lagi bergelar sebagai pemimpin hebat. Ulamak dan Umarak adalah satu entiti yang berbeza. Apa yang aku jadikan di sini ialah mengenai Umarak. Umarak yang hebat ialah umarak yang dapat mempertahankan pendiriannya dan melaksanakan keputusannya. Membuat keputusan untuk 23 juta orang sudah pasti tidak akan dapat dipersetujui oleh semua. tetapi sekurang-kurangnya dari keputusan yang tidak dipersetujui, ada hasilnya. hasil yang turut sama dirasai nikmat oleh orang yg membangkang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home