Tuesday, June 13, 2006

Perspektif Mahathir




MALAYSIA
MAHATHIR
...sama saiz dan sama tempat

Huru hara orang2 kerajaan apabila Mahathir menegur Pak Lah yang batalkan projek mega yang telah dirancangnya sebelum meletak jawatan. Mahathir mengatakan kerajaan ada duit utk buat projek2 itu, tetapi kenapa Pak Lah membatalkan kebanyakan projek meganya. mahathir juga menegaskan apabila dia bersuara, ramai orang 2 dlm kerajaan 'mencantasnya' tanpa memberi jawapan kepada persoalan yang diajukannya. Lagipun katanya duit kerajaan melalui simpanan KWSP dapat digunakan dan akhirnya ia menjana pelaburan kepada ahli2 KWSP dan ia tidaklah menjadikan KWSP seperti menyimpan duit di bawah bantal. Tindakan Pak Lah yang membatalkan projeknya juga seolah-olah Pak Lah itu berhati-hati berbelanja berbanding Mahathir. Akhirnya orang akan melihat Mahathir yang tidak reti berjimat. satu lagi ia melihatkan akan melambatkan perjalanan Malaysia ke arah Wawasan 2020. Mahathir juga menimbulkan isu AP kerana kenapa AP diberi kepada 2 orang sahaja padahal 2 orang ini tidak ada kedai untuk menjual kereta? Namun jawapan yang diberi tidak juga jelas dari PAk LAh.

Apa dah jadi? Siapa yang kuat sekarang? Sudah tentulah Pak Lah kerana dia memegang jawatan PM dan ramailah orang2nya termasuk sharir menyatakan sokongan kepada Pak Lah. Ramai memberi alasan setiap pemimpin mempunyai corak pemerintahan yang tersendiri dan tidak perlu ditegur bagaimana ia bekerja. Tindakan Mahathir seolah-olah mahu mengajar Pak Lah.

Bagi akupunya, aku rasa Mahathir ada sebab untuk tegur. dan Pak Lah patut dengar. Aku kata macam ni sebab Mahathir more genius than Pak Lah. Pak Lah pada hari ini dilihat sebagai pemimpin yang lembik. Tindakannya membatalkan projek mega antara salah satu cara yang menjatuhkan populariti dan kredibilit Pak Lah. Untuk menjadi PM, Pak Lah mestilah mempunyai ikon yang bergerak bersama dengan dirinya. Pertanian dilihat sebagai agen ikonnya pada hari ini, namun pelaksanaannya tidaklah begitu hebat. Padi kita masih tidak popular berbanding Thailand, pengurusan ladang masih lagi tidak diandakan dengan baik dan teknologi R&D tidak diheboh dan diperkasakan dengan sebaik-baiknya. Tindakan Pak Lah yang tidak kukuh menampakkan 'keletihan' diri Pak Lah. jika projek mega yang Mahathir cadangkan dulu dikatakan tidak penting dan tidak ekonomik, huraikan pula keseluruhannya perlunya pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang yang dimasukkan ke dalam RMK9. Apa perlunya jambatan itu? Adakah ia mempunyai kepentingan nasional? Jika ditanya kenapa projek mega Mahthir dibatalkan, Pak Lah kata ia keputusan kabinet. namun adakah juga jambatan kedua PP itu keputusan kabinet atau keputusan Pak Lah? kalau ikut keputusan kabinet, sudah tentu ramai yang tidak setuju kerana tidak masuk di dalam kawasan ADUN mereka. Adakah Pak Lah koya?

Apa yang akupunya lihat, teguran Mahathir itu adalah untuk mempertahankan haknya sebagai PM yang lalu yang melakukan kerjanya. Sebagai manusia, dia juga ada maruah untuk mempertahankan keputusannya yang dibuat. bagi Pak Lah, memang ia adalah haknya untuk membuat keputusan. Tetapi yang menjadi isu ialah Pak Lah yang membuat keputusan tidak mencerminkan kehebatan sebagai seorang pemimpin. Mahathir jika dibandingkan dengan Pak Lah memang jauh sekali. Mahathir dilihat sebagai antara pemimpin dunia yang hebat. Dia mempercepatkan ekonomi Malaysia. KLCC, Putrajaya, KLIA, Cyberjaya yang dilabel sebagai pembaziran dan zalim, adalah 'barah' yang memberi nikmat kepada rakyat Malaysia. bayangkan jika Mahathir tidak meluluskan projek2 ini, bagaimana rupabentuk ekonomi dan sosial Malaysia? Adakah kita akan menjadi seperti Indonesia yang perlu keluar negara untuk mencari rezeki? Dengan adanya projek mega ini, ia menjadi 'senjata' Malaysia untuk menarik minat pelabur luar datang dan membuka syarikat mereka, memasarkan kawasan Malaysia untuk dibeli dan akhirnya Malaysia akan lebih kompetitif dengan Singapura dan risiko2 dunia. Mahathir dari segi meningkat dan mempertahankan ekonomi memang powerful. Tetapi jika dilihat dari segi sosial, Mahathir kurang sikit. Dan mungkin sebab ini PAS ambil kesempatan untuk meneguk air yang manis yang keluar dari peluh2 Mahathir.

pak Lah pula, apa yang kita boleh kita lihat? Perkasaan ekonomi tidak sehebat mana, struktur sosial masih sama seperti Mahathir dan nampaknya lebih teruk berkembang. Apa yang Pak Lah nak buat? Isu minyak menjadi hangat, isu demonstrasi semakin merebak, isu rasuah masih berlaku, isu hak orang Melayu masih ditakuk lama, isu pendidikan masih sama dan semakin teruk dan isu penting dijadikan perkara remeh temeh semakin membesar.

rakyat Malaysia kini hidup malar selepas Mahathir letak jawatan. dok macam tu ja. tadak apa yang hebat berlaku. yang buruknya minyak naik, elektrik naik dan barang semua naik. gula pula kena sorok. apa kehebatan Pak Lah masih tak nampak. sampai bila nak suluh. Lama2 habis la bateri lampu suluh. Masa tu kita perlu tukar baterinya!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home