Sunday, June 18, 2006

Satria Neo


Source: Paultan



Akhirnya SRM yang selalu dispyshot telah dilancar. Dikenali sebagai Satria Neo. Neo bermaksud New(Baru). Untuk lihat komen penuh, Paultan telah menghurainya dengan lengkap.

Akupunya dah pun merasai Satria Neo. 2004:Gen2, 2005:Savvy dan 2006: Satria Neo. Dari model Gen2 dan Savvy, penjualan keduanya tidak begitu baik bagi Proton sehingga penguasaan Proton di dalam Malaysia jatuh dan gagal mencapai 40%. Kebanyakan sebab ialah kualiti bagi kereta Gen2 dan Savvy. Bagi kedua-dua model ini, luaran nampak gah, tetapi dari segi prestasi dan ketahanan terutamanya hiasan dalaman amatlah mengecewakan. Alatan dalaman Gen2 yang dibuat dari plastik murah dan kemudiannya disembur cat berwarna krim adalah ibarat menyebur cat ke besi tanpa dikikis. Kualitinya amatlah teruk. Kepala gear yang digunakan di dalam Gen2 [ada awalnya telah diduga tidak tahan lama dari segi ketahanan cat. Kemudian isu power window, dashboard antara yang menarik perhatian. Isu Savvy yang tidak hebat mana dan dalam badannya yang diselaputi plastik baldi, tidaklah begitu membanggakan.

Akhirnya, Proton telah berjaya melancarkan satria Neo. Komen dari akupunya yang dah merasai seluruh tubuh badan Satria Neo, dari segi kemasan, rekabentuk dan hiasan dalaman dan luaran, jika diberi sehingga 5 bintang, aku beri 4 bintang. Tetapi dari segi pemanduan dan prestasi enjin, aku tak boleh komen lagi. Kenapa?

Satria Neo aku lihat kesungguhan Proton untuk mendapat kepercayaan orang ramai. Plastik yang digunakan bukan lagi plastik baldi, tetapi plsatik yang lebih baik dari itu. Bagi aku, plastik yang digunakan sama taraf seperimana digunakan di dalam Honda Civic RX limited version. isu power window juga dijamin oleh Proton tidak akan memberi masalah kepada pengguna kerana perubahan kepada rekabentuk gunting mekanikalnya. paparan papan pemuka (dashboard) amatlah kemas dan menarik dengan cahaya biru, stereng yang eksklusif dna sedap diguna, ruang dalaman yang agak luas untuk model 2 pintu, saluran hawa dingin yang diletak dengan teliti dan penutupnya yang menarik. Sistem Audio pula menggunakan produk Blaupunkt, 4 speaker untuk 1.6 dan 2 speaker untuk 1.3.

Jadi, untuk geng2 muda atau geng2 yang terlanjur umur yang ingin rasa muda, inilah kereta anda. dengan harganya yang boleh tahan dan kesedapan mata dan rasa, Satria Neo menjadi pilihan. Jika mahu membeli Honda yang sama kelas dengannya, dari segi keberbaloian harga dan citarasa, Satria Neo lebih berbaloi. Alat ganti, servis dan penyelenggaraan adalah isu utama setelah membeli kereta. Untuk itu, kereta Proton adalah sesuai di Malaysia untuk dibeli dan ditambah dengan Satria Neo, ia adalah relevan.

akupunya ingin melihat selepas ini Wira akan ditamatkan perkhidmatan dan diganti dengan model baru yang bukan chasisnya diambil dari Satria Neo. dan aku berharap, jika Protoningin bersaing dengan lebih cergas terutamanya dengan Naza Bestari, hasilkan Satria 4 pintu dengan chasis yang sama. Sudah pasti, Naza Bestari tidak akan mampu bersaing.

Jika aspek peningkatan pelbagai model, kepuasan, kualiti dan tidak menipu pengguna diamalkan Proton untuk model2 akan datang, sudah pasti Malaysia akan kelihatan seperti Korea yang rata2 penduduknya menggunakan kereta nasional sendiri.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home