Thursday, June 15, 2006

Kongsi Raya menjana Pluralisme

Isu kongsi raya ditimbulkan lagi. Sebelum ini hanya cakap2 rakyat sahaja yang kedengaran memperkatakan kesesuaian kongsi raya. Isu macam ini hanya orang Melayu sahaja yang ambil kisah sebab ramai Melayu beragama Islam. Melayu sekarang ni pun dah ada yang Kristian. Kat Indon pun bangsanya Melayu, tetapi agamanya Kristian. Kat Malaysia pun ada, cuma tadak sapa bangkit macam isu kongsi raya ni.Jadi ketepikan topik Melayu Kristian. Akupunya nak berkata-kata tentang kongsi raya dan pluralisme.

Dari segi kesan nasional yang melibatkan rakyat, amalan kongsi raya yang berlainan agama dilihat sebagai satu agenda yang menyatupadukan rakyat, mendekatkan diri pemimpin dan rakyat, mengharmonikan suasana negara, simbolik kepada dunia bahawa Malaysia ini aman dan sama rata dan salah satu cara negara Islam yang tidak ganas.

Tetapi sebagai Muslim, Islam telah meletakkan penetapan yang tertentu di dalam kehidupan harian. Apabila kongsi raya dibuat, ia akan mencampur adukkan nilai-nilai agama dan budaya di dalam pelaksanaan dan penglibatan untuk semua jenis orang yang terlibat. Di dalam Islam, terdapat beberapa perkara yang ditegah untuk dibuat oleh Muslim kerana ia akan menjadikan umat dan agama terpesong.

Kenapa Mufti Perak mengeluarkan isu ini? Pertama apabila amalan kongsi raya dibuat, umat Islam akan akan menghadiri acara raya penganut agama lain dan sebaliknya. isu tidak timbul apabila penganut lain hadir dan datang untuk meraikan raya Islam, tetapi isu yang timbul apabila orang Islam pergi ke raya penganut lain. Ini kerana bagi agama dan penganut dan pengamal hidup umat lain, mereka kebanyakannya tiada pantang larang dan kebanyakan pantang larang mereka tidak begitu sensitif dan tererinci seperti mana Islam. Isu lembu di kalangan Hindu tidaklah begitu sensitif dibandingkan dengan isu babi di kalangan umat Islam walaupun kedua-duanya itu haram di dalam agama. Sensitif di sini bermaksud cara dan tahap keharaman ditakrif di dalam agama. Hindu hanya mengharamkan umatnya makan lembu, tetapi Islam bukan setakat makan, tetapi cara bagaimana makanan itu diperolehi, dimasak dan tujuan ia dimasak untuk dimakan.Jadi apabila orang Islam meraikan raya Cina dan deepavali, kedua-duanya akan menyajikan makanan yang mereka makan contohnya babi. Semasa kongsi raya dibuat, tetamu akan dijamu dengan pelbagai makanan. dan kemungkinan makanan yang disediakan tidak HALAL untuk orang Islam. benda dah masak, siapa nak ambil tahu dan akan tahu daging itu daging apa? Sebab itu, kongsi raya perlu dikaji.

Kedua ialah amalan dan kepercayaan umat Islam akan tergugat. Dengan hanya berpakaian dan amalan, umat Islam akan tergelincir dari segi akidah. Ramai di kalangan umat Islam akan memakai nandek, sari, cheongsam dan lain2 benda apabila menghadiri kongsi raya. walaupun dipakai untuk seronok, akhirnya ia akan memberi kesan kepada kerpercayaan individu Muslim. Mungkin dari cuba-cuba, niat akan bertukar untuk merasi kenikmatan agama yang dicuba-cuba. Pergaulan, seks dan perkahwinan di antara agama mungkin ditolak tepi suatu hari nanti kerana persekitaran seperi ini.

Ketiga ialah akan berlaku percampuran dan andaian terhadap agama. Akan wujud Pluralisme di mana anggapan semua agama adalah sama. maka individu boleh memilih dan menukar agama seperi menukar kereta. Jika adanya kongsi raya, bagi orang yang cetek ilmu agama, dia akan kata pergi sana makan, salam, peluk, bergaul sahaja tak kira raya Melayu ka, raya Cina ka, Raya India ka. Sama sahaja. Semua raya kita boleh 'join'. Tadak masalah. U jamu apa, I makan saja. jadi ti dak nampak perbezaan melainkan seseorang itu tahu apa itu iman dan akidah. masalahnya sekarang ialah semakin ramai yang tak kenal iman dan akidah dan ini membahayakan umat Islam yang di atas pagar imannya. Akhirnya, kita boleh pilih agama sebab semuanya sama.

Ramai rakyat Malaysia juga kini tidak mempunyai agama dan hidup ikut suka hati mengikut cara penilaian kepala otak mereka sendiri. aku ada kawan berbangsa Cina yang mengaku tiada agama. Aku ada kawan India yang duduk serumah dengan aweknya berbangsa Cina. Aku ada kawan Melayu yang aweknya Cina dan pada bulan puasa bercium mulut. Oleh itu, apa yang kita cari? mencegah lebih baik dari mengubat. Kerajaan patut fikirkan hal ini kerana kerajaan kita adalah orang Islam sendiri. Isu ini ditimbulkan adalah untuk Islam dan umatnya sendiri. nasib baik Malaysia agama rasmi ISlam, kalau kat Eropah, siapa yang akan membela?

Kalau Pak Lah and sekutu tak reti2 kehendak dan menjaga maruah orang Islam yang seagama dengan mereka, mungkin akan berlaku kebangkitan di kalangan Muslim. Percaya atau tidak, apa yang aku tulis ini hanya satu isu padahal lebih banyak lagi isu yang libatkan kerosakan umat dan Islam sendiri di Malaysia ini. Akhirnya, sama2 pakat jaga diri sendiri. Kerajaan 'tak mampu' kerana undi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home