Sunday, June 04, 2006

Hak Orang Polis

Jeffoii menerusi blognya telah berjaya membocorkan dokumen polis yang sepatutnya hanya dapat dicapai oleh orang-orang Polis sahaja. Tindakannya telah menyebabkan ramai orang biasa melihat isi kandungan yang terdapat di dalam dokumen itu. Jeffoii masih mengekalkan dokumen tersebut di dalam laman webnya menerusi

http://www.jeffooi.com/tersiratdantersurat060601.pdf

Kalau korang baca semua itu, polis berkecil hati kerana hak-hak mereka tidak dibela oleh kerajaan. Dan ini menyebabkan mereka berkecil hati dan mengamuk. Salah satunya ialah mereka akan mengundi pembangkang pada pilihanraya 2008. kalau begitu, akan berlaku haru biru di dalam kerajaan dan akan wujud ketidaktenteraman awam.

Emm..bukan senang nak jadi PM dan orang2 tinggi kerajaan. Semua hati nak kena jaga. rakyat punya hak pun kena jaga, hak polis pun kena jaga. Apabila salah laku polis berlaku, rakyat mengadu kepada kerajaan dan kerajaan akan bertindak. tetapi setelah bertindak, berlaku pertikaian oleh polis terhadap tindakan yang dibuat oleh kerajaan terhadap mereka. Jadi kerajaan berada ditengah2. Apa kerajaan patut buat? Kita sudah ada SUHAKAM dan isu-isu yang timbul diadukan kepada SUHAKAM. SUHAKAM bukan badan bertindak, SUHAKAM hanya badan yang penasihat kepada kerajaan dan rakyat. Kesannya ialah jika tidak berlaku sebarang tindakan hasil daripada cadangan SUHAKAM untuk kepentingan rakyat, maka di sini berlakunya 'CELIK RAKYAT'. rakyat akan melihat dan berfikir dan semakin lama rakyat akan menjadi lebih matang dan tahu akan hak2 yang mereka patut dapat. Akhirnya jika hak2 yang rakyat patut dapat tetapi tidak diterima. maka akan jadilah rusuhan dan demo yang memburukkan keadaan.

Bagi rakyat yang di atas pagar tetapi mahukan hak mereka, mereka akan bertindak dengan menggunakan undi. Undi akan menjadi senjata akhir rakyat. Fuhhh....susah siot nak jadi kerajaan. Pak Lah sekarang ini semakin pening dan jika beliau tidak bijak, maka pengaruh dan pengikutnya akan berkurang samada di kalangan rakyat dan agensi kerajaan terutama Polis. Apa yang dapat kita lihat hari ini, cerita pasal Polis tidak lagi dowawarkan di dalam media terutama TV3. TV3 terpaksa membuat liputan bagi kes2 tertentu dan disiarkan secara 'baik'.

Hanya Allah yang tahu apa nak jadi dengan negara kita. Apa peranan kita sebagai rakyat? Apa hak kita jika berlaku salah laku Polis terhadap diri dan keluarga kita? Kalau buat report, yang terima Polis jugak. bagi aku punya, lebih banyak kita berdoa semoga dilindungi Allah. Setakat ini alhamdulillah Polis adalah mesra mengikut pengalaman aku apabila membuat report. kalau kes lain aku tak tahu.

jadi, untuk kita rakyat biasa, kalau anak2 nak jadi Polis, suruhlah cari kerja lain. Kalau antara kita nak masuk politik. juga carilah kerja lain. Berniaga lebih baik wlaupun kasi pagi makan pagi. teringat pesan cikgu aku di sekolah menengah.."JANGAN CARI MASALAH KALAU TAK MAHU MASALAH"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home