Monday, May 29, 2006

akupunya pasal beli kereta baru

Mula2 sekali, akupunyapos ini tidak ada kena mengena dengan hak individu untuk membeli kereta kesukaan mereka. Tips ini hanya untuk sama2 pikir.

Bagi akupunyapikir, keadaan ekonomi automatif Malaysia kini nampak tidak begitu stabil dari segi harga dan kemasukan model. harga kereta cepat berubah pada bulan lepas kerana Dasar Automatif Negara (DAN). kemudian harga berubah apabila Naza dan syarikat kereta tempatan memasang dan meletakkan jenama mereka pada kereta import. Kedua-dua situasi ini telah banyak mengurangkan harga kereta di pasaran. Kesan yang dirasai ialah penurunan harga kereta terpakai yang akan turun mendadak. maka kereta yagn telah dibeli agak sukar untuk dijual semula.

Untuk pengguna yang mementingkan kepentingan pulangan wang yang dikeluarkan, adalah lebih baik membeli kereta yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan seperti Proton, Perodua, Naza, Inokom dan Hicom. Ini kerana pertama ialah harganya adalah harga sebenar tanpa kemasukan cukai import yang tinggi. Kedua ialah kerana kestabilan harga di pasaran yang membolehkan penurunan harga selepas dibeli tidak turun dengan mendadak. ini kerana ia tidak akan lagi berlaku klon jenama seperti Kia ditukar kepada Naza. Ketiga harga alat ganti yang murah kerana dibuat di dalam negara.

Jika membeli kereta luar yang diimport atau dipasang separuh di dalam negara, kemungkinan yang akan berlaku ialah penentangan kepada perkara2 di atas. Jika mahu beli jugak kereta luar, pastikan anda tidak membeli kereta jenama Kia dan dalam dua tiga tahun lagi pula elakkan membeli kereta China. Ini kerana kedua-dua ni kan diklon menjadi Naza dan Proton dan sememangnya keadaan ini akan memberi kesan kepada harga kenderaan yang dibeli pada masa hadapan.

Alang hendak beli, belilah jenama Toyota, Honda, Chevrolet. Kereta2 ini memanglah mahal sedikit dan berkualiti, tetapi ia tidak akan membuat anda mengeluh kerana harganya akan stabil dan mempunyai pasaran yang baik di masa mendatang. Satu lagi ia mempunyai alat ganti dan servis yang luas dan mudah didapati samada untuk alat ganti original atau Taiwan. Ini berbanding dengan Audi, Alfa Romeo, Skoda, Citroen, Peugoet dan Suzuki kerana pasarannya di Malaysia masih rendah dan kemudahan servis adalah kurang.

itu akupunya pos. tetapi kalau sapa nak beli kereta apa pun, kalau dah ada duit atau dah menang minat nak beli kereta, beli je la. itu hak masing2. akupunyapos ni untuk orang2 biasa yang mahukan pengeluaran duit membeli kereta berbaloi. beli kereta tidak seperti rumah. dan penjagaan rumah lebih mudah dari menjaga sebuah kereta!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home