Tuesday, May 30, 2006

Iklan arak



Apa yang aku tahu, iklan arak diharamkan di dalam surat khabar dan media massa termasuk elektronik. tetapi kenapa di dalam akhbar Inggeris, iklan arak dibenarkan. Iklan the STAR yang dikuasai MCA adalah akhbar yang paling banyak buat iklan arak. Kenapa kerajaan lepaskan? adakah kerana takut kepada orang Cina di dalam MCA atau ia satu keistimewaan untuk akhbar berbahasa Inggeris? NST dan the STAR akan dibaca oleh ramai pelajar di sekolah rendah dan menengah. Adakah ini akan menggugat moral pelajar ini untuk mendekatkan diri dengan arak? Adakah ini yang kerajaan mahukan?

Arak semakin bermaharajalela di Malaysia. Sudahlah kilangnya di PJ yang menggajikan beratus-ratus orang Islam bekerja, penjualan produknya dipelbagaikan di dalam pelbagai rupa bentuk. Jolly Shandy dan minuman yang berasaskan gandum ditinkan di dalam rupabentuk seperti minuman soya dan larbonat yang lain. Padahal ia adalah produk Carlsberg dan sememangnya ada sedikti campuran alkohol. Aku pernah terminum minuman gandum ni. Tapi aku minum sikit sebab ya Allah rasanya cukup busuk dan masam pelik. Aku tak tahu lagi masa tu. Masa tu aku tengah study dan produk itu baru diperkenalkan. menyesal aku rasa. aku harap benda tu tak jadi daging busuk dalam diri aku sebab aku tak tahu dan tertipu.

Satu lagi arak sejak 3 tahun kebelakangan ini telah mula di jual di kedai 24 jam 7 eleven. apa lagi...makin ramai la peminum arak di Malaysia. Aku pernah tengok remaja Melayu di Sentul membeli arak berbotol-botol. Yang belinya perempuan dan menunggu di dalam kereta ada lelaki dan perempuan. aku tak tahu diorang nak lepak mana dan apa nak jadi lepas tu. mungkin GANGBANG bangat sih...

Kerajaan mahukan Islam dibela, tetapi umat Islam tidak dibela. Jika umat sebagai akarnya tidak dibela, mampukah Islam bertahan? hanya sekadar mengharap Al Quran dicetak samapai kiamat, tetapi umat Islam macam setan lahanat, ia bagai mencurah air ke daun keladi. apa pun tarak! Islam Hadhari memesongkan ramai orang Islam termasuk orang bukan Islam. Sehinggakan ada seorang India bertanya, ko Islam ke Islam Hadhari? apatah lagi Islam yang hanya diwarisi oleh keluarga dan individu ini tidak langsung memahami Islam sebenar.lagi mudah ia diseleweng. Nyatakan Islam yang sebenar dan Islam itu semuanya sudah lengkap.

jadi apa kita nak buat. nampaknya hanya diri kita yang dapat membimbing diri sendiri dan keluarga ke arah muslim yang sejati. nak harap YB dan pelaksana undang2, cukup payah dan memang payah. Banyak halangan dan gangguan. Halangan dan gangguan inilah dipanggil UNDI

0 Comments:

Post a Comment

<< Home