Tuesday, May 30, 2006

Oh Abang Karam



"Its a bird. Its a plane. Its..its...its not Superman..he is Abang Karammm...". This is the man who being the people hero. Work under TV3 as a journalist and reporter in environment management, his exposures make all the VVIP's in hot seats. A leather seat does not make them happy. Its become a burden to them. His slots in Buletin Utama will make the JAS and YB more worried and unsatisfy.


"Kampung terbakar nampak asap, hati terbakar siapa yang tahu?". Inilah gaya tangan Abang Karam semasa memberi laporan. Aku respect dia nie sebab dia punya laporan padat, lengkap dan pandai shoot utk beri bukti dan kenakan orang yang patut buat kerja penguatkuasaan.

apa yang aku nak cakap disini, Karam Singh Walia mempunyai kekebalan sebagai wartawan. Dia mampu menggugat sesiapa sahaja di dalam kerajaan. pembocorannya melalui isu alam sekitar sebenarnya mengaitkan dengan pelbagai isu lain. Antaranya isu kroni dan rasuah di dalam PBT. Isu ini adalah isu yang penting untuk dibicarakan. PBT di semua kawasan kebanyakannya banyak makan rasuah. Penyalahgunaan pemberian kontrak berleluasa sehinggakan baru2 ini dikeluarkan di dalam surat khbar bahawa kontrak lanskap adalah yang paling senang digunakan untuk disalahguna.



Tapi aku terfikir selama mana Karam Singh akan bertahan. sehingga hari ini, Pak Lah dan Najib menyokong usaha Karam Singh Walia. Mungkin kena keluar dari mulut dua orang ini marahkan KAram, baru Karam akan menutup mulut dan membuat kerja yang lain. Walaubagaimanapun, Karam akan disokong oleh rakyat. dan mungkinkah satu hari nanti, Karam akan menjadi Senator di peringkat parlimen. Jika ditawar menjadi ahli politik, aku sarankan Karam Singh tidak menerimanya. Apabila masuk politik, dia sudah menjadi orang lain.

karam adalah pelajar UPM di bidang TESL dan bekas seorang guru sekolah menengah. Juga pandai bermain hoki. walaupun mahir berbahasa Inggeris, tetapi buku-buku yang Melayunya adalah buku yang dikendongnya. Sayangnya, ramai Melayu yang bahasanya Melayu, tetapi gemar berbahasakan Inggeris dan merosakkan bahasa sendiri. Karam, kamu telah mempopularkan peribahasa Melayu. Perlukah sekali lagi polemik diwujudkan untuk menjadikan Karam sebagai Pejuang Bahasa?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home