Wednesday, July 12, 2006

Agama Menyusahkan

Ramai antara kita malas nak solat. Yang solat untuk lepaskan batuk ditangga pun ramai. ramai yang sembahyang hanya seperti lakukan senaman. Sebab itu, cukup susah untuk menilai solat seseorang itu diterima. Budaya solat lewat, atau tak solat tak apa nanti nak qada' pun ramai. Ada yang menghimpunkan solat seperti sembahyang solat Zohor apabila sudah dekat waktu asar supaya lepas solat Zohor, boleh solat Asar terus. Ada yang solat, hanya secara fizikal dengan pakaian dan dirinya di dalam hadas dan dia tidak faham apa itu solat. Apa yang dibaca, apa yang dia sembah sujud masa solat pun tak sedar. Baca pula ada yang cepat dan mahu habis cepat. Tomakninah iaitu pergerakan anggota badan ketika solat ramai yang failed. Kedudukan ibu jari kaki semasa duduk antara dua sujud, tahiyat awat dan tahiyat akhir juga ramai yang failed apatah lagi ketika takbir dibuat. Tapak tangan ada yang genggam, ada yang tertutup dan macam2 cara. Ramai yang tidak kena dan banyak yang tidak kena. Ini baru dikira dalam isu solat, belum isu kencing, makan, jimak, bersin, haji, puasa, mengawal nafsu dan sebagainya.

Di dalam Islam, semuanya terkawal dan yang tidak boleh. Islam seperti ISO yang mana setiap gerak kerja direkod dan didokumenkan secara tersusun. ISO di dunia ini kita guna untuk menilai tahap kualiti amalam pengurusan dan cara bekerja sesebuah organisasi. Masalahnya ramai manusia termasuk orang Islam pada masa dahulu dan hari ini tua atau muda merasakan agama ini menyusahkan. Akhirnya, ramai yang menjadi munafik dan ramai yang masih Islam, tetapi hanya Islam nama dan pakaian.

Kenapa susah sangat hidup di dunia ini. Kenapa kita tidak boleh buat apa yang kita suka? ramai yang mengaku Islam dan mengakui Allah tuhan mereka, tetapi ia hanya sekadar di mulut, tetapi tidak dihati. Di dalam Al Quran, telah dinyatakan solat itu mencegah kemungkaran. Tetapi hari ini ramai oarang yang solat, tetapi kemungkaran tetap dilakukan. Ramai yang hari ini melakukan kesalahan yang tidak mencemar undang2 negara, tetapi mengamalkan kesalahan agama sewenang-wenang. Ramai yang tidak melakukan pembunuhan atau rompakan, tetapi ramai antara kita melihat porno, menipu, malas, melakukan kezaliman dan sebagainya. memang itu juga adalah kesalahan negara, tetapi ia hanya undang2 moral dan etika dan ianya hanya dipandang serius jika ia menjadi isu.

Susahnya hidup di dunia ini. Sampai nak bunuh diripun Islam melarang. Ramai yang hidup senang dengan kesenangan dunia seperti wang dan harta. Tetapi ramai juga yang hidup susah kerana adanya wang dan miskinnya wang. Jika ada wang pula, hidup juga tidak tenang kerana jiwa merasa tertekan dengan situasi sekeliling.

Semua orang dapat merasa hal ini jika difikir secara tenang dan diberi masa untuk berfikir. Namun demikian, ini adalah lumrah dunia. Kita harus menerimanya kerana kta sedang hidup di dunia. Sebab itu wujudnya istilah dunia fana. Islam pula telah lama memberi peringatan bahawa dunia ini adalah penjara bagi manusia yang menganuti Islam dan manusia memang tidak sempurna dan tidak pernah puas.

Dimanakah kita berada sebenarnya? Adakah kita hanya tergolong di kalangan munafik yang berpura-pura Islam tetapi hatinya berat menerima Islam dan mahu Islam dihancurkan, atau kita golongan iman ada, tetapi hanya ada buat syarat atau kita betul2 iman yang kuat dan bersungguh-sungguh mahu dekat dengan Islam.

Kini pelbagai isu timbul seperti tafsiran Al Quran dibaut penilain sendiri seperti minum arak tak haram kalau minum sedikit sebab ia tidak mabuk. Aku pernah berdebat dengan pensyarah di PERKIM Boon melalui chatting. Dia mengaku dia Islam tetapi dia minum arak dan pegang anjing dan ia mengatakan ia tidak haram. Dia menyalahkan orang2 dulu punya tafsiran yang bodoh yang hanya tahu menurut tetapi tidak tahu berfikir. Isu arak katanya di dalam Al Quran hanya diseru supaya tidak meminum minuman yang memabukkan, jadi dia boleh minum arak selagi ia tidak mabuk. jika difikir secara logik, memang masuk akal dan mengelirukan. tetapi bagi aku yang fikirkan hal ini, aku terfikir jugak macam mana nak jawab. Akhirnya baru aku sedar kita ambil contoh tahi yang kita berak hari2. kenapa kita tak makan tahi, kerana ia busuk. Arak juga busuk. Kenapa ktia tidak boleh makan tahi kerana ia kotor dan membawa penyakit. Arak pula mabuk. Tahi pula walapun kotor, tetapi kalau hendak rasa, sikit pun boleh. Tetapi kenapa kita tidak buat begitu. Itulah juga kenapa arak itu haram. walaupun ia haram, ia adalah benda yang memabukkan dan ia adalah benda yang boleh membawa kepada mabuk tidak kita diminum sedikit atau banyak. dan tafsiran dahulu bahawa arak itu haram adalah benar.

Di Malaysia, Sisters In Islam umpama api dalam sekam. Banyak polemik dan isu yang melemahkan umat Islam yang dibawa mereka. Isu rambut perempuan, isu AIDS, isu jantina dan segalanya yang dibawa mereka memang msnyusahkan kerajaan dan umat Islam. aku kalau aku ada kuasa, aku dah lama haramkan SIS nih. Mungkin aku cakap senang, nak buat susah.

Sekarang, semuanya ditangan kita untuk menurut atau tidak amalan agama yang kita anuti. Islam tidak menjadikan umatnya seperti agama lain yang mudah meninggalkan agama seperti menukar isteri atau kereta. bagaimanakah nasib kita dan keluarga dan juga Islam pada masa akan datang. Dan mungkin keadaan ini sebab itulah wujudnya hari kiamat. Hari kiamat di mana segala keburukan dan kemusnahan berlaku di tahap maksimum. maka haruslah dihancurkan dunia yang celaka dan penuh tipu daya ini. Duduk dan berfikir sampai mati, selagi nyawa masih ada, diri kita hanya kita yang tentukan. Ahhh...susahnya hidup ini. Hidup gembira dan bahagia boleh, tetapai adakah ketenangan akan muncul dalam hidup dan jiwa kita yang sentiasa bergelora dan penuh gundah gulana. Kita hanya fikirkan kejadian alam dan ketuhanan, namun untuk hidup, kita erlua memikirkan hal hak, kesihatan dan keselamatan diri kita lagi. Itu juga adalah bebana hidup yang amat berat.

Dunia oh dunia....mengapa wujudnya dunia ini...mengapa pula ada diri kita yang bernyawa di dunia ini....bagaimana kalau kita tidak bernyawa....di mana roh kita pula? Kita hanya hidup sebenarnya melalui mata. Matalah yang menunjukkan apa itu dunia. Dari mata ke otak dan kita tahu mentafsir. Di mana nyawa kita. Dimana roh kita?

Emm..takyah pikir2 lebih...hidup jer ikut amalan yang betul. Kang pikir lebih2 nanti bukak2 mata ada dalam wad di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home