Thursday, May 25, 2006

MELAYU: siri 1

MELAYU,
kenapa bangsa aku dinama MELAYU? kalau ikut kata tatabahasa bahasa, MELAYU kata asalnya ialah LAYU. Layu bermaksud tidak kuat, lembik, lembut, mudah kalah dan tidak cukup air/makanan.

MELAYU,
kenapa bangsa aku dinama MELAYU? jika dibuat ayat guna perkataan MELAYU, memang tiada langsung ayat yang sedap didengar. "Pokok itu semakin MELAYU kerana tidak cukup air". "Cintaku MELAYU kerana aku bertepuk sebelah tangan"."Ko ni asyik MELAYU jer buat kerja. Cergas la sikit". ish..

MELAYU,
kenapa bangsa aku dinama MELAYU? mana muncul sejarah Melayu? Melayu asalnya tiada tamadun dan tidak siapa tahu dari mana muncul bangsa MELAYU. Ada yang kata orang Jawa kahwin campur, dapat MELAYU. Ada jugak kata orang India yang masuk Islam, baru wujud MELAYU. Asas kukuh kewujudan MELAYU tidak ada.

MELAYU,
kenapa bangsa aku dinama MELAYU?Jikalau ikut sejarah, MELAYU tidak ada sejarah. Kita hanya gah dengan Melaka. Parameswara, Hang Tuah dan semuanya. mereka ini bukannya orang asal MELAYU. India pun ada, Jawa pun ada. Mana datangnya MELAYU.

MELAYU,
kenapa bangsa aku dinama MELAYU? kenapa dinamakan MELAYU? tidak SICERGAS, PEPANDAI, atau apa2 saja. orang kata nama memberi kesan kepada tuan badan. Jika diberi nama baik, maka kesan yang baik lah tuan badan itu dapat. Mungkin diberi nama MELAYU, sampai beratus-ratus tahun Melayu diciptakan, sampai kini masih tidak kuat. Masih tidak mampu hidup bersama bermuamalat, masih lagi mengharap tuah dan bantuan, masih lagi tidak tahu berniaga, masih lagi tidak cekap mengurus, masih lagi tidak ada jutawan tersohor, masih lagi ...masih lagi (sambung)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home