Thursday, May 25, 2006

Bil Elektrik Naik

Seperti yang semua tahu, bil elektrik akan naik bulan Jun. Penggunaan 200kWj ke bawah terus dapat kadar 21.8 sen. Jadi, bagi keluarga yang hidup bersederhana, ia memang baik.

Bagi aku, cara kenaikan kadar ini satu tindakan yang dibuat secara bijak. ia meletakkan elemen sasaran pengguna yang perlu dikenakan caj tinggi. Ini bermakna, pengguna yang mewah dan yang tinggal di rumah2 bangloww, kondowww kenalah bayar lebih. Ini juga setimpal dengan cara hidup mereka yang mewah. 12% kadar dinaikkan dan mungkin bagi sesetengah individu, ia macam menghalau lalat di tangan. Mudah! Dengan tarif baru ini, keadilan sesama pengguna sudah berlaku.

Dari aspek ekonomi, aku sebagai rakyat setuju dengan tindakan kerajaan. Dan pada masa yang sama, kerajaan nampak bertindak dengan meningkatkan kecekapan operasi TNB di dalam mengurangkan pembaziran tenaga dan kos. Pengeluar tenaga bebas (IPP) dan TNB kini akan duduk sama rata dan sama rendah. Dan mungkin tidak lama lagi, elektrik ini akan menjadi satu perniagaan yang cergas sepertimana telekomunikasi tanpa wayar. Pengguna bebas untuk memilih syarikat mana yang mereka mahu untuk membekalkan elektrik ke rumah mereka. Tetapi keadaan ini mungkin melibatkan sesetengah kawasan sahaja terutama di kawasan lembah Klang dan di kawasan yang berdekatan kawasan perindustrian dan pelabuhan. Dan lepas ni mungkin kita dapat tengok iklan di dalam TV yang mempromosikan elektrik untuk dijual. Pabila wujud persaingan, kecekapan operasi TNB dan IPP lain akan meningkat dan ini akan menugntungkan pengguna di mana perang harga akan berlaku.

Tak pa lah. Tak payah melenting. Memang benda ni nak kena naik dan kena gaya pelaksanaan. Aku sebelum ni risau takut kerajaan laksanakan untuk semua peringkat hidup rakyat. Kalau naik semua, susahlah orang2 miskin dan kesian sikit kepada orang2 yang malas bekerja yang hanya mengharapkan belas kasihan orang lain.

Elektrik adalah keperluan asas manusia kini. Apa yang penting, semua orang mahu hidup dengan merendahkan kos kehidupan. Dan lepas ini, rakyat Malaysia akan lebih tahu tentang berjimat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home