Thursday, May 25, 2006

Aku sokong

Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua)mencadangkan di dalam parlimen supaya pembinaan jambatan ke 2 Pulau Pinang dibatalkan di dalam RMK9. Sebabnya ialah kerana kalau buat jambatan, lagi banyak kereta masuk Pulau. Maka masalah kesesakan akan berambah teruk.

Lawak betul. apa yang aku nampak, tujuan jambatan kedua itu dibuat sebab ia di dalam kawasan Pak Lah. dan untuk menunjukkan sumbangan atau kemajuan di bawah kawasan Pak Lah, maka luluslah jambatan itu. Jambatan ni masa Tun M dulu mana kena layan. Jadi, ini semua Pak Lah punya projek.

Bagi aku apa perlu sangat jambatan kedua ni. Memanglah untuk mudahkan rakyat dan elak 'jammed' jambatan dok ada. Tapi apa istimewanya sangat Pulau Pinang sampai ada dua jambatan. Lagipun feri pun dah ada. Nampak sedikit perancangan dan penggunaan duit kerajaan yang tidak cekap di situ. nak kata pembaziran tak boleh sebab projek ni kena jadi Gajah Putih baru boleh dianggap pembaziran. Jambatan 2 ni takkan jadi gajah putih sebab orang akan tetap pakai. Tetapi keperluan apa yang nak sangat jambatan ni dibuat? Lagipun di Pulau Pinang, tanahnya bukannya luas mana pun dan lebih baik dimajukan kawasan di Tanah Besar di Sberang Prai.

Pikir punya pikir, banyak kosong dari isi tujuan jambtan ke2 ni dibangunkan. Lebih elok duit tu dibina untuk tambah kawasan perumahan dan kemudahan untuk orang Melayu di Pulau Pinang yang rumah mereka seperti hidup segan, mati tak mahu. Selain itu, duit itu lebih baik digunakan untuk membolekan orang Melayu Penang membuat pinjaman perniagaan untuk mula berniaga serta kursus2 bantuan.

bagi aku, peranan kerajaan haruslah bagaimana untuk mengurangkan bebanan di Pulau ke tanah besar dan ini lebih menguntungkan kepada duit kerajaan dan kemudahan rakyat. Nampaknya Pak Lah begitu baik dgn Koh Tsu Koon dan semakin hari orang2 Cina semakin dibela berbanding orang bumiputra, Si Melayu. Anak kera bagi susu cegah osteoporosis, anak sendiri kasi susu tepung jer? macam mana nie?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home