Wednesday, May 24, 2006

Makanan Islam

Isu halal haram mengenai makanan dan produk di Malaysia ni tak habis2. Bini aku dapt sms katakan DOVE dan Priggle kentang bakar tu haram kerana ada lemak babi. Padahal ramai di antara kita yang pakai dan makan benda nie. Lepas terima benda nie, aku tetap pakai jugak DOVE ni sebagai syampu. Hal-hal ini telah lama disebarkan sejak bertahun-tahun terutama email. Baru-baru ini pulak ada pihak yang keluarkan produk2 yang tiada logo halal. Banyak siot dan semuanya aku dah pakai dan makan. 100 PLUS, apa lagi tah..

Tetapi aku dan mungkin korang terus menggunakan produk yang kontroversi ni. Bagi aku, kerajaan kita ada JAKIM yang memantau halal haram. Aku tidak terima berita rasmi dari JAKIM mengenai produk ini. khabar angin bertiup merata-rata. semua benda yang kita makan dan pakai semuanya dikatakan haram. itu haram, ini haram. akhirnya kita nak pakai apa. nak harap logo. sapa2 bleh buat logo.

bagi aku kenapa akuterus pakai benda macam DOVE ni kerana aku yakin pada JAKIM dan produk itu tidak ada lemak babi. khabar angin tidak boleh dipercayai sangat. lagipun DOVE syarikat yang besar dan selalunya big comp ni akan mematuhi undang2 yang disediakan. kalau nak kata aku ni salah, salah lagi la keturunan sebelum kita kerana banyak lagi produk dulu yang tiada logo. jadi, apa aku nak buat? itulah keputusan aku. tapi priggle lepas aku tak mau makan dah. dulu aku makan jugak walaupun dalam email kata ada lemak la apa la, tapi la ni aku dah malas nak makan. dah tak lalu.
aku ni bukan tuhan. bila aku buat keputusan nak pakai lagi DOVE, aku pakai dan yakin dan berserah je la. kalau nak ikut, semua benda dalam umah aku tu aku kena buang.

Jadi, apa yang perlu ialah peranan JAKIM di dalam menyedia dan menyebar maklumat. Aku hanya bergantung kepada satu badan rasmi yang kata ia betul atau tidak. sekadar khabar angin, sesispa boleh buat. Musuh perniagaan boleh buat seperti mana terjadi kepada Ramly Burger dan Kicap Aleeza kot.

Satu lagi, benda yang asas kepada haram kepada umat Islam ialah alkohol dan babi di dalam makanan dan produk luaran. Jadi aku nak cadangkan kepada JAKIM atau sapa-sapa yang baca blogakupunya yang terlibat di dalam penyelidikan makanan, aku rasa korang patut buat satu enzim atau bahan yang dapat mengesan kehadiran alkohol dan babi di dalam makanan. Bagi aku yang pernah masuk aliran sains, cacing pita di dalam babi tidak akan mati walaupun dicincang daging atau dimasak mengikut suhu pemasakan makanan. Jadi penyelidikan yang dibuat mestilah menjadi unsur cacing pita sebagai asas.

Jadikan bahan ujian itu sebagai bahan yang mudah diguna dan dibeli oleh orang Islam. Buat la ia sebagai larutan seperti EYEMO dan hanya perlu titis ke atas makanan atau produk. Perubahan warna akan menentukan samada kehadiran unsur babi atau alkohol.

Kalau semuanya nak tunggu logo, logo pun orang boleh tipu. Tambah la lagi yang tadak logo. Kalau begitu, kita semua nak makan apa? Inilah akibat apabila ekonomi dikuasai orang kafir..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home