Monday, July 17, 2006

Kerja orang Islam



Tiap kali Palestin kena serang, mulalah email.surat/ajakan untuk memboikot barangan Israel dan USA. Dulu Denmark kerana menghina Nabi Muhammad SAW. Kat atas tu dikatakan senarai jenama produk yang dijual dan dibeli oleh umat Islam yang kemudiannya keuntungan tersebut diberi kepada Israel untuk membunuh dan merampas tanah orang Islam sendiri di Palestin dan seluruh dunia.

Apa yang orang Islam ada pada hari ini. Israel serang Lubnan selepas Palestin, kita hanya melihat dan tak boleh buat apa2. Keluar kenyataan adalah cara mudah oleh kepada2 negara Islam. Ada yang betul2 dan ada yang untuk ambil hati rakyat sahaja.

Mungkinkan penghujung zaman sudah tiba? Inikah perang salib? Kenapa umat Islam tak boleh kuat?
Kerananya ialah :-
1. Umat Islam mudah lupa kepayahan dan kesusahan apabila kesenangan dan keseronokan menjelma di dalam hidup. Akhirnya tiada sumbangan diberikan kepada masyarakat dan kepentingan Islam, tetapi hanya dihabiskan untuk kepentingan diri.

2. Umat Islam hanya pandai dan banyak cakap, tindakan tidak ada. Ada yang boleh buat tetapi peratusnya amat kecil. Umpamanya menjadi ahli perniagaan yang berjaya dan utuh di dalam dunia perniagaan. Boleh dikira orang Islam yang berjaya. Disamping itu. berjaya sahaja tidak cukup jika amalan dan kehidupan Islam yang diamalkan tidak diberi penekanan. Sudahlah peratus tadi tidak cukup, ditambah pula di antara mereka yang tiada tangungjawab terhadap agama, maka Islam masih tidak dibela.

3. Ilmu pengetahuan dikuasai oleh oragn Islam dahulu, tetapi kini ia dimiliki oleh orang bukan Islam. hanya bangga dengan Ibn Sina, Khawarizimi dan bla2 sehinggakan kita lupa untuk menuntut ilmu dan mengembangkan ilmu itu untuk kepentingan agama. Hanya gah mengatakan ilmu itu dicipta oleh orang Islam, tetapi tidak dipraktik oleh orang Islam sendiri. Ramai antara kita yang mengamalkan budaya ini.

4. Apabila berlaku kesusahan, ramai orang Islam lambat dan tidak mahu bertindak memberi pertolongan, tetapi hanya berserah di dalam hati supaya ada orang Islam yang pergi tolong, padahal orang Islam yang ada adalah dirinya. Lainlah seperti Yahudi yang walaupun seorang ditimpa bom, satu bangsa sedunia pergi menolong.

Kenapa orang Islam tak kuat? Adakah kerana Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan kerosakan yg menyebabkan oragn Islam tidak mahu bertindak balas dan menjatuhkan Yahudi? Atau adakah kerana orang Islam sendiri yang hanya suka menjadi penonton dan bertaruh pada nasib diri semata-mata?

Orang Islam hidup berpuak-puak. Mazhabnya pun sudah simbolik kepada pecahan Islam. Itu belum ikut anutan seperti sunnah dan syiah. Itu belum lagi dipecah mengikut negara dan bangsa. Islam bangsa Arab lain dari Islam bangsa Melayu atau bangsa Cina atau mamak. Jika diletak mereka ini digelanggang, mereka boleh membunuh satu sama lain, tetapi tidak bagi Yahudi yang menganggap bangsa dan agama mereka adalah satu.

Sampai bila Yahudi serang Palestin? Adakah Palestin akan hanya menerima 'keikhlasan' bom Yahudi semata-mata atau tiba masanya orang Islam seperti Iran dan Syria membantu untuk 'memberi' pula bom kepada Israel?

Kita hanya penonton, tetapi jiwa kita merasa sakit melihat apa yang ditonton. Bukan setakat sakit, tetapi juga takut. Bilakah kita akan bertindak terutamanya bangsa Islam di Malaysia ini? Bertindak apabila kita sendiri diserang? entah2 kita pun akan jadi seperti orang Palestin.

Apa tindakan kita sebenarnya.
1. Kita hendaklah menerapkan budaya Islam di malaysia dari segi kehidupan, muamalat dan budaya. Suasana Islam harus diwujudkan. Keindahan Islam tidak perlu dipaksa ditonjol, namun dilakukan secara rohani dan serapan nilai. ramai kita kini yang menyuap makanan dengan tangan kiri, tidak membaca bismillah, budaya makan sambil jalan seperi iklan makanan ringan dan macam2 lagi. kerajaan boleh menerap budaya Islam secara tersirat di dalam Malaysia kerana apa yang diajarkan di dalam Islam adalah neutral dan dapt diterima oleh manusia yang mahukan kebaikan dan kesenangan hidup. Adakah seorang ibu Cina suka meilhat anak perempuannya bertukar-tukar pasangan ketika umurnya 16 tahun manakala ibu Melayu tidak suka pula kerana dia Islam. Itu tidak berlaku. Sebab itu, zahirkan apa yang ada di dalam Islam di dalam masyarakat. Ia tidak boleh dikatakan untuk mengislamkan satu negara, tetapi ia dilakukan untuk kebaikan negara. Kerajaan perlu berani dan telus. Itu sahaja. Jika ia dilaksanakan, Malaysia akan menjadi negara hebat kerana setiap rakyat yang berbilang agama akan bekerja keras dan tahu prinsip menjaga diri dan kebaikan bermaruah. Tidak ada golongan pun yang akan rugi.


2. Kita haruslah memberi kesedaran dan bertindak kepada anak2 yang bawah dari 18 tahun dari terjerumus kepada budaya jahat seperti punk dan nazi, dadah, rempit, zina, glamour spt beria-ria untuk menjadi artis, budaya materialistik dan keseronokan serta yang utama budaya lupa diri. Ibu bapa Islam harus menyekat anak2 mereka dari keluar dari rumah setelah pukul 7 malam. Budaya wheelie basikal dan motosikal adalah sebenarnya dari ibu bapa. Jika ibubapa tidak benarkan anak2 mereka di bawah 18 tahun ini menaiki basikal atau motosikal, ia tidak akan berlaku. Cuba kita lihat orang2 Cina tidak ada budak2nya keluar malam2 dan merayau. tetapi orang Melayu cukup ramai. Kesimpulannya mungkin orang Melayu tak reti jaga anak. hanya tahu jaga perut dan jaga kemaluan sahaja untuk kekenyangan dan kepuasan.

itulah rasanya tindakan yang perlu dibuat oleh kita. Jika anda rasa benci dan takut melihat Israel mengebom dan membunuh orang Islam di Palestin dan Lebanon, berubahlah dari saat ini. fahamkan diri kenapa Islam haramkan arak dan zina, kenapa perempuan mesti menutup aurat terutama rambut, kenapa kita perlu solat, kenapa kena ada zakat, kenapa ada poligami dan kenapa ada akad dan nikah dan segalanya.

hidup tetap kena hidup. tetapi selama mana kita hidup yang akan menjadikan kita lebih baik dan bahagia. Islam sudah ada, janganlan menjadi seperti kaum Lut dan pengikut Firaun yang kufur atau menjadi tentera2 nabi Muhammad ketika perang Uhud yang akhirnya mati setelah menang.

Tik tok tik tok....masa berjalan. Bila masa kesusahan atau perang melanda kita? tunggu sahaja...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home