Wednesday, May 24, 2006

Piala Dunia 2006: Tarikan dalam paksaan



Dalam masa beberapa hari lagi, pesta bola sepak akan berlangsung. Pesta perlawanan di antara negara di dunia ini yang akan menghibur, meningkatkan semangat patriotik dan fanatik serta melibatkan pergerakan ekonomi dan mata wang seluruh dunia.

Tapi bagi aku, bola ni aku tengok jugak la. tapi tak la fanatik sampai sanggup bangun pagi, beli jersi mahal2, masuk peraduan, beli buku, baca buku, komen sana sini. Aku biasa yang normal. kalau dapat tengok LIVE, aku layan. kalau tak tgk, tunggu result. Result tu pun kalau aku tahu dalam paper. Bagi aku benda ni biasa sahaja.

Ni aku baru nak komen. Korang semua perasan tak semua di dalam media TV dan cetak, semua nya sibuk mempromosikan Piala Dunia ni. Dari orang yang tak tahu, akan jadi tahu. Mereka semua mesti tahu kerana setiap masa, benda pasal Piala Dunia akan disebarkan. Tak ada benda lain. Inilah yang dikatakan tarikan dalam paksaan. Contohnya kuiz yang dibuat di dalam tv dengan mengeluarkan soalan. Penonton yg berminat dikehendaki jawab soalan tersebut. Di dalam masa yang sama, orang2 yang menganggap Piala Dunia ni benda yang biasa, juga turut terlibat kerana terpaksa terlibat dan mengambil tahu tentang soalan dan jawapan Piala Dunia itu. Biasalah, bila nak buat, semua akan diusahakan. Kalau Islam dipromosikan begini, kan elok. UMNO boleh jadi parti Islam yang sempurna dan rakyat pelbagai agama disatukan melalui keindahan Islam.

Kenapa promosi sebegini dapat dibuat? Sebabnya pihak TV yang buat promosi ini telah membeli hak terhadap penyiaran dan perkara2 yang melibatkan Piala Dunia ini diJerman. Duit sudah keluar banyak, terpaksalah bekerja keras mempromosikan ia untuk menarik penonton. Dengan adanya ramai penonton, maka duit yang mereka keluarkan akan dijana kembali melalui iklan-iklan yang disiarkan di dalam slot penyiaran mereka. Dan akhirnya, modal akan terbayar. itulah kisahnya.

Asasnya di sini ialah duit. Yang dikejar adalah duit. Kalau tidak pasal duit, Piala Dunia ini tidak gempar satu muka bumi. Duit elemen penting di dalam kehidupan. Sebab itu pelbagai jenis manusia menyokong. Duit kita boleh nampak dan boleh terima kebaikan dan faedah serta merta. namun, akhirat yang melibatkan tatacara agama tidak semuanya disokong kerana pahala dan dosa tidak boleh nampak. Faedah dan balasan tidak dapat dilihat serta merta.

Itulah yang dikatakan permainan dunia. Manusia adalah khalifah, tetapi jika lupa peranan, maka kita semua sama seperti haiwan dan makhluk yang yang hidup untuk makan, tidur dan seks.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home