Thursday, June 29, 2006

Apa Jadahnya?!

Tun M mengadakan Majlis Dialog Sabtu 24 Jun lalu, hari ini hari Khamis, beza hari yang berlalu ialah 5 hari. Dalam tempoh 5 hari ini, video dan cd mengenai ucapan Tun M telah dikeluarkan. Media cetak dan elektronik telah membuat laporan mengenai hal ini. Pelbagai pihak dari serendah-rendah kedudukan sehingga sebesar-sebesar orang telah mengeluarkan kenyataan. Ada yang masuk tv, ada yang sembang kedai kopi, ada yag tulis kenyataan. Dalam tempoh 5 hari ini, pelbagai acara telah terjadi. Ada yang cool, ada yang kelam kabut, ada yang serius, ada yang lawak, ada yang berani, ada yang diam, ada yang tunggu dan lihat, ada yang sorak, ada yang senyum, ada yang menangis.

Bagi akupunya, sepatutnya aku mahu memberi komen mengenai hal ini 2 atau 3 hari lepas. Tetapi aku tertarik dengan maklumbalas orang Malaysia mengenai hal ini. Tak kira la dari media atau mulut orang. Dalam tempoh ini, aku telah membuat analisis mengenai kenapa dan apa kesannya hal kelam kabut tahap cipan ini telah berlaku.

Ada ramai yang menyokong Pak Lah, dan tidak kurang juga yang menyokong Tun M. Semua tidak salah menyokong, tetapi kita hendak tahu mana yang perlu kita ikut. Kedua-duanya ada pro dan kontranya. bagi akupunya pendapat, isu ini timbul apabila seorang manusia yang telah bekerja dan merancang membuat sesuatu sekian lama yang selama ini dianggapnya relevan, telah dihentikan oleh seorang lagi manusia yang baru sahaja menyambung 'jasa' ini yang sebelum ini bersetuju untuk mengangguk apa yang telah diwasiatkan.

Bagi akupuna, hal ini senang sahaja. Kedua-dua manusia ini masing-masing mahu menjalankan tugas yang telah dan sedang dipikul. Masalahnya ialah penilaian dari segi kecekapan. Penilaian kecekapan kepimpinan ini adalah subjektif dan bergantung kepada individu yang mengerjakan tugas. Bagi yang hanya melihat dan menerima hasil dari kerja tersebut, adalah lebih mudah memberi komen dan lebih mudah menghentam. Berbanding dengan yang menjalankan tugas, bebanan adalah lebih berat. bercakap adalah lebih mudah daripada membuat kerja. Nak cakap, sesiapa boleh cakap. Burung kakak tua pun boleh cakap. Nak buat memang sukar.

Di dalam krisis Tun M vs Pak Lah, ada penyokong bagi kedua-dua belah pihak. bagi Tun M, kenapa dia 'menyibuk' adalah kerana dia ingin membuktikan kerjanya yang lalu bukan kerja bodoh setelah dinyahkan oleh Pak Lah segala perancangannya. Manakala Pak Lahlah yang sepatutnya menyelesaikan masalah yang timbul ini dengan meningkatkan tahap kecekepan dan keraguan di dalam pimpinannya. Isu orang ketiga yang dituju kepada anak menantunya memanglah berbaloi kerana ia adalah unsur yang diciptanya sendiri. Penggunaan kroni dan nepotisme akan wujud oleh semua pimpinan. Melainkan pemimpin itu tahu siapa yang perlu ditunjuk dan digunakan olehnya untuk dijadikan kroni dan melaksanakan nepotisme.

Satu lagi sudut, apabila perbalahan ini berlaku, memang ia memberi kesan kepadaperpaduan dan kekuatan umat Melayu. Pihak ketiga yang sedia ada hanya tahu senyum dan bertepuk tangan melihat situasi ini. Oleh itu, perbalahahn ini harus dihentikan.

Kepada Tun M, u should stop interrupting the goverment. Let them plan and execute all their. You better to be a quiet person, yet ready to give your opinion when it is needed. If the Pak Lah plan is failed, the rakyat will condemn them, not you. To Pak Lah, you must to create and manage your leadership personality, and not feel comfortable with your job and the fake respect from your staff. Stop using the KJ, your son inlaw and outsource the government decision to the third party, as well as Tun M said, the man in Tingkat 4.

Kepada Pak Lah, yang sedang bercuti di Australia ketika ini bersama anak cucu, dan kali ini sudah kali kedua keluar bercuti di luar negara tidak seperti Mahathir yang kurang bercuti rasmi, jadilah PM yang dapt menyakinkan rakyat. Kini rakyat berbelah bahgi di antara Tun M dan kamu, Pak Lah. Nak menidakkan Tun M pun tidak boleh kerana ada yang betul apa yang diperkatakan Tun M, dan nak sokong sangat kamu wahai Pak Lah, tidak ada rasa keyakinan untuk membelamu. Lainlah bapak dan ibu2 menteri di bawah kamu yang menyokong kamu secara terbuka dan dihebahkan di dalam media. Mereka itu lalang, semuany amahu menjaga tengkuk mereka masing2. Musuh di dalam selimut adalah lebih bahaya dari musuh yang berada di depan mata. Pantun khas 'haru biru' untuk Pak Lah.

Islam Hadhari jadi mainan,
Projek dulu batal kerana tiada duit,
RM 200b untuk RMK 9 ada pula puncanya,
Pak Lah oh Pak Lah yang depan mata diberi sanjungan,
elakkan kesilapan, supaya tidak melatah bila dicuit,
Tunjukkanlah kehebatanmu,jika tidak imejmu tidak kemana.

Monday, June 26, 2006

Transkrip Video

Untuk tahu apa yg ada di dalam video dibawah, bukaklah web Agenda Daily ni.

Majlis Dialog Mahathir Pasal Pak Lah




Dengarlah ucapan Tun Mahathir, idola aku. Kepada orang2 Pak Lah, bukak2 la telinga.

MAXIS menipu pelanggannya!



Aku dpt keputusan Piala Dunia setiap pagi dari Maxis. Aku tk mintak, tp Maxis kata free. Its ok. Bini aku pun dapat. tapi disebablkan bini aku tk minat bola, aku send WC OFF utk stop hantar. Rupa-rupanya Maxis kenakan rm 0.50 dalam senyap bila kita send arahan tu. Cilakak punya Maxis. kalau nk caj pun, letak ler kata nk caj. Orang yg send tu tak ler rasa hangin semacam. Bila dia hantar free, bila kita taknak dia caj senyap2. Apa nie? Inilah penipuan.

Aku rasa cam nak tukar ke Celcom. Padan muka maxis. Walaupun Celcom caj, tapi aku tk rasa ditipu. Penipuan dalam baik. Ini kaedah mencuri terhormat.

Bagus jugak dalam Utusan, MAXIS kena sound oleh CAP. Padan muka. Nak meniaga agak2 la.Jgn start menipu. Berapa orang staf MAXIS yang makan duit menipu nih. Kena orang kata tak halal, tak ke naya.

Tuesday, June 20, 2006

Dalang 911. Fakta utk melawan

911 berlaku masa aku masih belajar. Esoknya, aku lihat di dalam berita gambar2 kapal terbang melanggar kawasan ground zero dan Pentagon. tepai gambar Pentafon aku lihat tidak ada serpihan kapal terbang. Aku jugak bertanya, kenapa tak nampak sayap atau ekor kapal terbang. tapi aku kata, mungkin ni je gambar yang ada. kapal terbang tu dah diangkut atau ada kat tempat lain. Dan sampai beberapa tahun, aku percaya ada kapal terbang yang melanggar. namun, rupa-rupanya apa yg aku fikirkan rupa-rupanya benar. tiada kapal terbang. hari ini Reopen 911 membocorkan segala-galanya.

muatturun klip video ini. Muatturun atau lihat terus di sini

Sunday, June 18, 2006

Satria Neo


Source: Paultan



Akhirnya SRM yang selalu dispyshot telah dilancar. Dikenali sebagai Satria Neo. Neo bermaksud New(Baru). Untuk lihat komen penuh, Paultan telah menghurainya dengan lengkap.

Akupunya dah pun merasai Satria Neo. 2004:Gen2, 2005:Savvy dan 2006: Satria Neo. Dari model Gen2 dan Savvy, penjualan keduanya tidak begitu baik bagi Proton sehingga penguasaan Proton di dalam Malaysia jatuh dan gagal mencapai 40%. Kebanyakan sebab ialah kualiti bagi kereta Gen2 dan Savvy. Bagi kedua-dua model ini, luaran nampak gah, tetapi dari segi prestasi dan ketahanan terutamanya hiasan dalaman amatlah mengecewakan. Alatan dalaman Gen2 yang dibuat dari plastik murah dan kemudiannya disembur cat berwarna krim adalah ibarat menyebur cat ke besi tanpa dikikis. Kualitinya amatlah teruk. Kepala gear yang digunakan di dalam Gen2 [ada awalnya telah diduga tidak tahan lama dari segi ketahanan cat. Kemudian isu power window, dashboard antara yang menarik perhatian. Isu Savvy yang tidak hebat mana dan dalam badannya yang diselaputi plastik baldi, tidaklah begitu membanggakan.

Akhirnya, Proton telah berjaya melancarkan satria Neo. Komen dari akupunya yang dah merasai seluruh tubuh badan Satria Neo, dari segi kemasan, rekabentuk dan hiasan dalaman dan luaran, jika diberi sehingga 5 bintang, aku beri 4 bintang. Tetapi dari segi pemanduan dan prestasi enjin, aku tak boleh komen lagi. Kenapa?

Satria Neo aku lihat kesungguhan Proton untuk mendapat kepercayaan orang ramai. Plastik yang digunakan bukan lagi plastik baldi, tetapi plsatik yang lebih baik dari itu. Bagi aku, plastik yang digunakan sama taraf seperimana digunakan di dalam Honda Civic RX limited version. isu power window juga dijamin oleh Proton tidak akan memberi masalah kepada pengguna kerana perubahan kepada rekabentuk gunting mekanikalnya. paparan papan pemuka (dashboard) amatlah kemas dan menarik dengan cahaya biru, stereng yang eksklusif dna sedap diguna, ruang dalaman yang agak luas untuk model 2 pintu, saluran hawa dingin yang diletak dengan teliti dan penutupnya yang menarik. Sistem Audio pula menggunakan produk Blaupunkt, 4 speaker untuk 1.6 dan 2 speaker untuk 1.3.

Jadi, untuk geng2 muda atau geng2 yang terlanjur umur yang ingin rasa muda, inilah kereta anda. dengan harganya yang boleh tahan dan kesedapan mata dan rasa, Satria Neo menjadi pilihan. Jika mahu membeli Honda yang sama kelas dengannya, dari segi keberbaloian harga dan citarasa, Satria Neo lebih berbaloi. Alat ganti, servis dan penyelenggaraan adalah isu utama setelah membeli kereta. Untuk itu, kereta Proton adalah sesuai di Malaysia untuk dibeli dan ditambah dengan Satria Neo, ia adalah relevan.

akupunya ingin melihat selepas ini Wira akan ditamatkan perkhidmatan dan diganti dengan model baru yang bukan chasisnya diambil dari Satria Neo. dan aku berharap, jika Protoningin bersaing dengan lebih cergas terutamanya dengan Naza Bestari, hasilkan Satria 4 pintu dengan chasis yang sama. Sudah pasti, Naza Bestari tidak akan mampu bersaing.

Jika aspek peningkatan pelbagai model, kepuasan, kualiti dan tidak menipu pengguna diamalkan Proton untuk model2 akan datang, sudah pasti Malaysia akan kelihatan seperti Korea yang rata2 penduduknya menggunakan kereta nasional sendiri.

Thursday, June 15, 2006

Mahathir akupunya Idola

Yep. Aku dah mengaku. Aku orang Mahathir. tak kisahlah orang kata dia zalim, murtad, kuku besi, maha firaun, mamak, p*k*ma*, atau apa2 sahaja. Dalam dunia ni, dia di antara pemimpin yang aku sanjung dan respect termasuk Gaddafi from Libya. Bagi aku, apa yang sanjung kepada mereka ini adalah dari segi kepimpinan mereka dan kecekalan pendirian yang ada di dalam diri mereka. Mahathir jika ditunggu 100 tahun lagi pun tidak akan dijumpa orang seperti Mahathir.

PAS selalu kata Mahathir hina nabi pasal janggut, persenda hudud sebab kudung habis tangan dan hina ulamak kerana kata PAS itu Parti Aslam Malaysia.

Mahathir adalah makhluk yang luarbiasa. Dari pengalamannya sejak kecil yang pernah merasa kepahitan dan kesengsaraan dijajah, menjengah hidupnya sehingga hari ini untuk membalas dendam terhadap kesusahan yang dialami oleh diri dan orang2 dahulu. Dari kedah dia mengembara ke Singapura. Dia di antara Melayu yang masih mampu hidup di kolej singapura.

Aku respect Mahathir kerana kecerdikannya untuk menjadi pemimpin. Menjadi pemimpin bukannya mudah. Menjadi PM untuk mengurus sebuah negara adalah lebih susah dari menjadi Presiden parti. bagaimana Mahathir menjadikan dirinya seorang bos yang hebat untuk semua anak buahnya. Penghasilan keputusan adalah sesuatu yang sukar bagi seseorang pemimpin. Tetapi bagaimana Mahathir melakukannya. Percakapannya yang dapat menjangka dan menjawab apa yang diaju adalah satu kelebihan pada dirinya. Dia berani dengan apa yang dicakap dan dibuat. Dia dapat membuat keputusan untuk 10 tahun akan datang. Dia tahu untuk menjadikan musuh menjadi kawan, mengeluarkan musuh yang tegar dari mengacaunya, mengeluarkan dirinya dari masalah dengan cara yang hebat dan menonjolkan diri melalui keputusannya yang tidak memakan dirinya.

isu dia menghina Islam atau orang atau apa2 sahaja yang dia buat, hanya dia dan Allah yang tahu apa yang dikataknnya. Kekadang di dalam hidup, apa yang kita luahkan tidak mestinya akan turut sama difahami oleh orang lain yang mendengarnya. Dari maksud A, akan menjadi maksud S. itu adalah normalisasi kehidupan. Dia tahu apa yang dia buat.

Aku juga tak kisah apa korang nak kata pada akupunya, tetapi aku sudah tahu dan telah buat keputusan siapa yang aku perlu jadikan sandaran. mungkin akan ada manusia 2 kolot yang baca dalam ni kata,"Ceh, nabi tak mau nak buat idola, si Mahathir pulak jadi idola". Untuk orang2 yang kata begitu, aku nak kata nabi dan Mahathir adalah lain. nabi adalah nabi, nabi directly from God. mahathir is a human, simple human among us who can be a leader to lead us.

Nik Aziz, Hadi Awang tak mampu lagi bergelar sebagai pemimpin hebat. Ulamak dan Umarak adalah satu entiti yang berbeza. Apa yang aku jadikan di sini ialah mengenai Umarak. Umarak yang hebat ialah umarak yang dapat mempertahankan pendiriannya dan melaksanakan keputusannya. Membuat keputusan untuk 23 juta orang sudah pasti tidak akan dapat dipersetujui oleh semua. tetapi sekurang-kurangnya dari keputusan yang tidak dipersetujui, ada hasilnya. hasil yang turut sama dirasai nikmat oleh orang yg membangkang.

Kongsi Raya menjana Pluralisme

Isu kongsi raya ditimbulkan lagi. Sebelum ini hanya cakap2 rakyat sahaja yang kedengaran memperkatakan kesesuaian kongsi raya. Isu macam ini hanya orang Melayu sahaja yang ambil kisah sebab ramai Melayu beragama Islam. Melayu sekarang ni pun dah ada yang Kristian. Kat Indon pun bangsanya Melayu, tetapi agamanya Kristian. Kat Malaysia pun ada, cuma tadak sapa bangkit macam isu kongsi raya ni.Jadi ketepikan topik Melayu Kristian. Akupunya nak berkata-kata tentang kongsi raya dan pluralisme.

Dari segi kesan nasional yang melibatkan rakyat, amalan kongsi raya yang berlainan agama dilihat sebagai satu agenda yang menyatupadukan rakyat, mendekatkan diri pemimpin dan rakyat, mengharmonikan suasana negara, simbolik kepada dunia bahawa Malaysia ini aman dan sama rata dan salah satu cara negara Islam yang tidak ganas.

Tetapi sebagai Muslim, Islam telah meletakkan penetapan yang tertentu di dalam kehidupan harian. Apabila kongsi raya dibuat, ia akan mencampur adukkan nilai-nilai agama dan budaya di dalam pelaksanaan dan penglibatan untuk semua jenis orang yang terlibat. Di dalam Islam, terdapat beberapa perkara yang ditegah untuk dibuat oleh Muslim kerana ia akan menjadikan umat dan agama terpesong.

Kenapa Mufti Perak mengeluarkan isu ini? Pertama apabila amalan kongsi raya dibuat, umat Islam akan akan menghadiri acara raya penganut agama lain dan sebaliknya. isu tidak timbul apabila penganut lain hadir dan datang untuk meraikan raya Islam, tetapi isu yang timbul apabila orang Islam pergi ke raya penganut lain. Ini kerana bagi agama dan penganut dan pengamal hidup umat lain, mereka kebanyakannya tiada pantang larang dan kebanyakan pantang larang mereka tidak begitu sensitif dan tererinci seperti mana Islam. Isu lembu di kalangan Hindu tidaklah begitu sensitif dibandingkan dengan isu babi di kalangan umat Islam walaupun kedua-duanya itu haram di dalam agama. Sensitif di sini bermaksud cara dan tahap keharaman ditakrif di dalam agama. Hindu hanya mengharamkan umatnya makan lembu, tetapi Islam bukan setakat makan, tetapi cara bagaimana makanan itu diperolehi, dimasak dan tujuan ia dimasak untuk dimakan.Jadi apabila orang Islam meraikan raya Cina dan deepavali, kedua-duanya akan menyajikan makanan yang mereka makan contohnya babi. Semasa kongsi raya dibuat, tetamu akan dijamu dengan pelbagai makanan. dan kemungkinan makanan yang disediakan tidak HALAL untuk orang Islam. benda dah masak, siapa nak ambil tahu dan akan tahu daging itu daging apa? Sebab itu, kongsi raya perlu dikaji.

Kedua ialah amalan dan kepercayaan umat Islam akan tergugat. Dengan hanya berpakaian dan amalan, umat Islam akan tergelincir dari segi akidah. Ramai di kalangan umat Islam akan memakai nandek, sari, cheongsam dan lain2 benda apabila menghadiri kongsi raya. walaupun dipakai untuk seronok, akhirnya ia akan memberi kesan kepada kerpercayaan individu Muslim. Mungkin dari cuba-cuba, niat akan bertukar untuk merasi kenikmatan agama yang dicuba-cuba. Pergaulan, seks dan perkahwinan di antara agama mungkin ditolak tepi suatu hari nanti kerana persekitaran seperi ini.

Ketiga ialah akan berlaku percampuran dan andaian terhadap agama. Akan wujud Pluralisme di mana anggapan semua agama adalah sama. maka individu boleh memilih dan menukar agama seperi menukar kereta. Jika adanya kongsi raya, bagi orang yang cetek ilmu agama, dia akan kata pergi sana makan, salam, peluk, bergaul sahaja tak kira raya Melayu ka, raya Cina ka, Raya India ka. Sama sahaja. Semua raya kita boleh 'join'. Tadak masalah. U jamu apa, I makan saja. jadi ti dak nampak perbezaan melainkan seseorang itu tahu apa itu iman dan akidah. masalahnya sekarang ialah semakin ramai yang tak kenal iman dan akidah dan ini membahayakan umat Islam yang di atas pagar imannya. Akhirnya, kita boleh pilih agama sebab semuanya sama.

Ramai rakyat Malaysia juga kini tidak mempunyai agama dan hidup ikut suka hati mengikut cara penilaian kepala otak mereka sendiri. aku ada kawan berbangsa Cina yang mengaku tiada agama. Aku ada kawan India yang duduk serumah dengan aweknya berbangsa Cina. Aku ada kawan Melayu yang aweknya Cina dan pada bulan puasa bercium mulut. Oleh itu, apa yang kita cari? mencegah lebih baik dari mengubat. Kerajaan patut fikirkan hal ini kerana kerajaan kita adalah orang Islam sendiri. Isu ini ditimbulkan adalah untuk Islam dan umatnya sendiri. nasib baik Malaysia agama rasmi ISlam, kalau kat Eropah, siapa yang akan membela?

Kalau Pak Lah and sekutu tak reti2 kehendak dan menjaga maruah orang Islam yang seagama dengan mereka, mungkin akan berlaku kebangkitan di kalangan Muslim. Percaya atau tidak, apa yang aku tulis ini hanya satu isu padahal lebih banyak lagi isu yang libatkan kerosakan umat dan Islam sendiri di Malaysia ini. Akhirnya, sama2 pakat jaga diri sendiri. Kerajaan 'tak mampu' kerana undi.

Wednesday, June 14, 2006

Komik Kepoyoan PakLah dan 'Kisah' Mahathir



click 'more' to see more cartoons
Source: malaysiakini

Tuesday, June 13, 2006

Perspektif Mahathir




MALAYSIA
MAHATHIR
...sama saiz dan sama tempat

Huru hara orang2 kerajaan apabila Mahathir menegur Pak Lah yang batalkan projek mega yang telah dirancangnya sebelum meletak jawatan. Mahathir mengatakan kerajaan ada duit utk buat projek2 itu, tetapi kenapa Pak Lah membatalkan kebanyakan projek meganya. mahathir juga menegaskan apabila dia bersuara, ramai orang 2 dlm kerajaan 'mencantasnya' tanpa memberi jawapan kepada persoalan yang diajukannya. Lagipun katanya duit kerajaan melalui simpanan KWSP dapat digunakan dan akhirnya ia menjana pelaburan kepada ahli2 KWSP dan ia tidaklah menjadikan KWSP seperti menyimpan duit di bawah bantal. Tindakan Pak Lah yang membatalkan projeknya juga seolah-olah Pak Lah itu berhati-hati berbelanja berbanding Mahathir. Akhirnya orang akan melihat Mahathir yang tidak reti berjimat. satu lagi ia melihatkan akan melambatkan perjalanan Malaysia ke arah Wawasan 2020. Mahathir juga menimbulkan isu AP kerana kenapa AP diberi kepada 2 orang sahaja padahal 2 orang ini tidak ada kedai untuk menjual kereta? Namun jawapan yang diberi tidak juga jelas dari PAk LAh.

Apa dah jadi? Siapa yang kuat sekarang? Sudah tentulah Pak Lah kerana dia memegang jawatan PM dan ramailah orang2nya termasuk sharir menyatakan sokongan kepada Pak Lah. Ramai memberi alasan setiap pemimpin mempunyai corak pemerintahan yang tersendiri dan tidak perlu ditegur bagaimana ia bekerja. Tindakan Mahathir seolah-olah mahu mengajar Pak Lah.

Bagi akupunya, aku rasa Mahathir ada sebab untuk tegur. dan Pak Lah patut dengar. Aku kata macam ni sebab Mahathir more genius than Pak Lah. Pak Lah pada hari ini dilihat sebagai pemimpin yang lembik. Tindakannya membatalkan projek mega antara salah satu cara yang menjatuhkan populariti dan kredibilit Pak Lah. Untuk menjadi PM, Pak Lah mestilah mempunyai ikon yang bergerak bersama dengan dirinya. Pertanian dilihat sebagai agen ikonnya pada hari ini, namun pelaksanaannya tidaklah begitu hebat. Padi kita masih tidak popular berbanding Thailand, pengurusan ladang masih lagi tidak diandakan dengan baik dan teknologi R&D tidak diheboh dan diperkasakan dengan sebaik-baiknya. Tindakan Pak Lah yang tidak kukuh menampakkan 'keletihan' diri Pak Lah. jika projek mega yang Mahathir cadangkan dulu dikatakan tidak penting dan tidak ekonomik, huraikan pula keseluruhannya perlunya pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang yang dimasukkan ke dalam RMK9. Apa perlunya jambatan itu? Adakah ia mempunyai kepentingan nasional? Jika ditanya kenapa projek mega Mahthir dibatalkan, Pak Lah kata ia keputusan kabinet. namun adakah juga jambatan kedua PP itu keputusan kabinet atau keputusan Pak Lah? kalau ikut keputusan kabinet, sudah tentu ramai yang tidak setuju kerana tidak masuk di dalam kawasan ADUN mereka. Adakah Pak Lah koya?

Apa yang akupunya lihat, teguran Mahathir itu adalah untuk mempertahankan haknya sebagai PM yang lalu yang melakukan kerjanya. Sebagai manusia, dia juga ada maruah untuk mempertahankan keputusannya yang dibuat. bagi Pak Lah, memang ia adalah haknya untuk membuat keputusan. Tetapi yang menjadi isu ialah Pak Lah yang membuat keputusan tidak mencerminkan kehebatan sebagai seorang pemimpin. Mahathir jika dibandingkan dengan Pak Lah memang jauh sekali. Mahathir dilihat sebagai antara pemimpin dunia yang hebat. Dia mempercepatkan ekonomi Malaysia. KLCC, Putrajaya, KLIA, Cyberjaya yang dilabel sebagai pembaziran dan zalim, adalah 'barah' yang memberi nikmat kepada rakyat Malaysia. bayangkan jika Mahathir tidak meluluskan projek2 ini, bagaimana rupabentuk ekonomi dan sosial Malaysia? Adakah kita akan menjadi seperti Indonesia yang perlu keluar negara untuk mencari rezeki? Dengan adanya projek mega ini, ia menjadi 'senjata' Malaysia untuk menarik minat pelabur luar datang dan membuka syarikat mereka, memasarkan kawasan Malaysia untuk dibeli dan akhirnya Malaysia akan lebih kompetitif dengan Singapura dan risiko2 dunia. Mahathir dari segi meningkat dan mempertahankan ekonomi memang powerful. Tetapi jika dilihat dari segi sosial, Mahathir kurang sikit. Dan mungkin sebab ini PAS ambil kesempatan untuk meneguk air yang manis yang keluar dari peluh2 Mahathir.

pak Lah pula, apa yang kita boleh kita lihat? Perkasaan ekonomi tidak sehebat mana, struktur sosial masih sama seperti Mahathir dan nampaknya lebih teruk berkembang. Apa yang Pak Lah nak buat? Isu minyak menjadi hangat, isu demonstrasi semakin merebak, isu rasuah masih berlaku, isu hak orang Melayu masih ditakuk lama, isu pendidikan masih sama dan semakin teruk dan isu penting dijadikan perkara remeh temeh semakin membesar.

rakyat Malaysia kini hidup malar selepas Mahathir letak jawatan. dok macam tu ja. tadak apa yang hebat berlaku. yang buruknya minyak naik, elektrik naik dan barang semua naik. gula pula kena sorok. apa kehebatan Pak Lah masih tak nampak. sampai bila nak suluh. Lama2 habis la bateri lampu suluh. Masa tu kita perlu tukar baterinya!

Sunday, June 11, 2006

Impressive New Proton Satria

For those who want to get a new car, take a breath and think it again. May be you should wait for the new Proton model that will be launched soon. Its a SRM that will replace the recent satria model. This model powered by 1.6 liter engine, two doors (hatchback) and the front lamps will be look like the BMW rounded light.

So we will see the competition among the Naza Bestari and this SRM. The intro advertisement movie has launched. We wil see it soon. Here I put some of the part in the movie.

Monday, June 05, 2006

Stadium Disko





Akhirnya SUKMa terbuat jugak kat Kedah nih. Masa Sanusi dulu, dia kata duit untuk SUKMA ni lebih baik kasi kat orang miskin jer. lagi berbaloi. sebab tu dia tanak buat SUKMA kat Kedah.

Semalam ada la majlis penutup. kita tengok pun tau low cost kan. tapi muzik dia gempak beb. lagu2 Siam, Inggeris dimainkan semasa tarian di tengah padang. ada juga akrobatik dari TUDM.





Sebab lagu2 yang dimainkan rancak sangat, aku nampak macam stadium tu dah jadi disko. maklumlah Kedah ni mana ada pub and disko dance macam Kl and Selangor tu. Mungkin masa nilah kerajaan Kedah nak lepas geram. ataupun nak tunjukkan Kedah ni dah maju, maka orang kedah pun tau lagu2 techno nih. Orang2 Kedah pun tau menari. hahaha..lawak.. lawak...

apapun tahniah la sebab dah anjur SUKMA. Nak semua sempurna, manusia pun tak sempurna. Oklah..SUKMA kampung pun, kampunglah. Harap hutang2 kerajaan negeri utk SUKMA ni taklah jadi isu macam SUKOM98 yang lalu. Sampai sekarang pun tak selesai lagi.

medai medai..kong kang keng tak tau klentong..(lagu Siam)

KL International Motor Show 2006 @PWTC

Akhirnya aku sampai jugak ke Klims06@PWTC pada tahun ini. dah beberapa kali dibuat, kali ini baru aku dapat pergi. Emm..nak masuk kena RM15(weekdays rate). dapat la borang cabutan bertuah nak dapat kereta kontot tu dan tiket free untuk masuk Aquaria(child). Masalah parking cukup menyusahkan. Semua parking site dalam PWTC penuh sehinggakan kereta diletak ditepi pintu masuk kawasan parking. Jam waktu itu pukul 12.45 tgh.

Apabila masuk, kena jalan pulak. mak aii jauh gila. dewan 1-4. mula² kena masuk dewan 4 kat belakang. penat jugak jalan. aku melawat Klims ni selama 4 jam. hehe..tak terasa beb..Tapi tahun ni kereta concept kurang sikit berbanding yang lepas2. banyak kereta biasa2 yang boleh diguna di atas jalan raya, tetapi model yang ada tu super high line dan high performance la. ni ada la skit gambar2 yang boleh akupunya letak dalam ni. sebenarnya banyak lagi, tapi ini je yang sesuai. Aku letak keta yang jarang orang pakai.

Lotus













Loremo







Komponen Enjin Petrol ke NGV



Nissan











Naza Bestari Sport Version



Brabus (area only for VVIP and olang kaya entry )



Hyundai RS Sport



Kia Concept Car



Toyota





Volvo Future model



My Dream Car is here (Ferrari 599 GTB)





Bentley (sampai mati tak dapat keta nih)



BMW 6 series (dh belambak orang pakai)

Sunday, June 04, 2006

Hak Orang Polis

Jeffoii menerusi blognya telah berjaya membocorkan dokumen polis yang sepatutnya hanya dapat dicapai oleh orang-orang Polis sahaja. Tindakannya telah menyebabkan ramai orang biasa melihat isi kandungan yang terdapat di dalam dokumen itu. Jeffoii masih mengekalkan dokumen tersebut di dalam laman webnya menerusi

http://www.jeffooi.com/tersiratdantersurat060601.pdf

Kalau korang baca semua itu, polis berkecil hati kerana hak-hak mereka tidak dibela oleh kerajaan. Dan ini menyebabkan mereka berkecil hati dan mengamuk. Salah satunya ialah mereka akan mengundi pembangkang pada pilihanraya 2008. kalau begitu, akan berlaku haru biru di dalam kerajaan dan akan wujud ketidaktenteraman awam.

Emm..bukan senang nak jadi PM dan orang2 tinggi kerajaan. Semua hati nak kena jaga. rakyat punya hak pun kena jaga, hak polis pun kena jaga. Apabila salah laku polis berlaku, rakyat mengadu kepada kerajaan dan kerajaan akan bertindak. tetapi setelah bertindak, berlaku pertikaian oleh polis terhadap tindakan yang dibuat oleh kerajaan terhadap mereka. Jadi kerajaan berada ditengah2. Apa kerajaan patut buat? Kita sudah ada SUHAKAM dan isu-isu yang timbul diadukan kepada SUHAKAM. SUHAKAM bukan badan bertindak, SUHAKAM hanya badan yang penasihat kepada kerajaan dan rakyat. Kesannya ialah jika tidak berlaku sebarang tindakan hasil daripada cadangan SUHAKAM untuk kepentingan rakyat, maka di sini berlakunya 'CELIK RAKYAT'. rakyat akan melihat dan berfikir dan semakin lama rakyat akan menjadi lebih matang dan tahu akan hak2 yang mereka patut dapat. Akhirnya jika hak2 yang rakyat patut dapat tetapi tidak diterima. maka akan jadilah rusuhan dan demo yang memburukkan keadaan.

Bagi rakyat yang di atas pagar tetapi mahukan hak mereka, mereka akan bertindak dengan menggunakan undi. Undi akan menjadi senjata akhir rakyat. Fuhhh....susah siot nak jadi kerajaan. Pak Lah sekarang ini semakin pening dan jika beliau tidak bijak, maka pengaruh dan pengikutnya akan berkurang samada di kalangan rakyat dan agensi kerajaan terutama Polis. Apa yang dapat kita lihat hari ini, cerita pasal Polis tidak lagi dowawarkan di dalam media terutama TV3. TV3 terpaksa membuat liputan bagi kes2 tertentu dan disiarkan secara 'baik'.

Hanya Allah yang tahu apa nak jadi dengan negara kita. Apa peranan kita sebagai rakyat? Apa hak kita jika berlaku salah laku Polis terhadap diri dan keluarga kita? Kalau buat report, yang terima Polis jugak. bagi aku punya, lebih banyak kita berdoa semoga dilindungi Allah. Setakat ini alhamdulillah Polis adalah mesra mengikut pengalaman aku apabila membuat report. kalau kes lain aku tak tahu.

jadi, untuk kita rakyat biasa, kalau anak2 nak jadi Polis, suruhlah cari kerja lain. Kalau antara kita nak masuk politik. juga carilah kerja lain. Berniaga lebih baik wlaupun kasi pagi makan pagi. teringat pesan cikgu aku di sekolah menengah.."JANGAN CARI MASALAH KALAU TAK MAHU MASALAH"