Tuesday, May 30, 2006

Polis tangkap Demo Minyak 28/5/06

Iklan arak



Apa yang aku tahu, iklan arak diharamkan di dalam surat khabar dan media massa termasuk elektronik. tetapi kenapa di dalam akhbar Inggeris, iklan arak dibenarkan. Iklan the STAR yang dikuasai MCA adalah akhbar yang paling banyak buat iklan arak. Kenapa kerajaan lepaskan? adakah kerana takut kepada orang Cina di dalam MCA atau ia satu keistimewaan untuk akhbar berbahasa Inggeris? NST dan the STAR akan dibaca oleh ramai pelajar di sekolah rendah dan menengah. Adakah ini akan menggugat moral pelajar ini untuk mendekatkan diri dengan arak? Adakah ini yang kerajaan mahukan?

Arak semakin bermaharajalela di Malaysia. Sudahlah kilangnya di PJ yang menggajikan beratus-ratus orang Islam bekerja, penjualan produknya dipelbagaikan di dalam pelbagai rupa bentuk. Jolly Shandy dan minuman yang berasaskan gandum ditinkan di dalam rupabentuk seperti minuman soya dan larbonat yang lain. Padahal ia adalah produk Carlsberg dan sememangnya ada sedikti campuran alkohol. Aku pernah terminum minuman gandum ni. Tapi aku minum sikit sebab ya Allah rasanya cukup busuk dan masam pelik. Aku tak tahu lagi masa tu. Masa tu aku tengah study dan produk itu baru diperkenalkan. menyesal aku rasa. aku harap benda tu tak jadi daging busuk dalam diri aku sebab aku tak tahu dan tertipu.

Satu lagi arak sejak 3 tahun kebelakangan ini telah mula di jual di kedai 24 jam 7 eleven. apa lagi...makin ramai la peminum arak di Malaysia. Aku pernah tengok remaja Melayu di Sentul membeli arak berbotol-botol. Yang belinya perempuan dan menunggu di dalam kereta ada lelaki dan perempuan. aku tak tahu diorang nak lepak mana dan apa nak jadi lepas tu. mungkin GANGBANG bangat sih...

Kerajaan mahukan Islam dibela, tetapi umat Islam tidak dibela. Jika umat sebagai akarnya tidak dibela, mampukah Islam bertahan? hanya sekadar mengharap Al Quran dicetak samapai kiamat, tetapi umat Islam macam setan lahanat, ia bagai mencurah air ke daun keladi. apa pun tarak! Islam Hadhari memesongkan ramai orang Islam termasuk orang bukan Islam. Sehinggakan ada seorang India bertanya, ko Islam ke Islam Hadhari? apatah lagi Islam yang hanya diwarisi oleh keluarga dan individu ini tidak langsung memahami Islam sebenar.lagi mudah ia diseleweng. Nyatakan Islam yang sebenar dan Islam itu semuanya sudah lengkap.

jadi apa kita nak buat. nampaknya hanya diri kita yang dapat membimbing diri sendiri dan keluarga ke arah muslim yang sejati. nak harap YB dan pelaksana undang2, cukup payah dan memang payah. Banyak halangan dan gangguan. Halangan dan gangguan inilah dipanggil UNDI

Oh Abang Karam



"Its a bird. Its a plane. Its..its...its not Superman..he is Abang Karammm...". This is the man who being the people hero. Work under TV3 as a journalist and reporter in environment management, his exposures make all the VVIP's in hot seats. A leather seat does not make them happy. Its become a burden to them. His slots in Buletin Utama will make the JAS and YB more worried and unsatisfy.


"Kampung terbakar nampak asap, hati terbakar siapa yang tahu?". Inilah gaya tangan Abang Karam semasa memberi laporan. Aku respect dia nie sebab dia punya laporan padat, lengkap dan pandai shoot utk beri bukti dan kenakan orang yang patut buat kerja penguatkuasaan.

apa yang aku nak cakap disini, Karam Singh Walia mempunyai kekebalan sebagai wartawan. Dia mampu menggugat sesiapa sahaja di dalam kerajaan. pembocorannya melalui isu alam sekitar sebenarnya mengaitkan dengan pelbagai isu lain. Antaranya isu kroni dan rasuah di dalam PBT. Isu ini adalah isu yang penting untuk dibicarakan. PBT di semua kawasan kebanyakannya banyak makan rasuah. Penyalahgunaan pemberian kontrak berleluasa sehinggakan baru2 ini dikeluarkan di dalam surat khbar bahawa kontrak lanskap adalah yang paling senang digunakan untuk disalahguna.



Tapi aku terfikir selama mana Karam Singh akan bertahan. sehingga hari ini, Pak Lah dan Najib menyokong usaha Karam Singh Walia. Mungkin kena keluar dari mulut dua orang ini marahkan KAram, baru Karam akan menutup mulut dan membuat kerja yang lain. Walaubagaimanapun, Karam akan disokong oleh rakyat. dan mungkinkah satu hari nanti, Karam akan menjadi Senator di peringkat parlimen. Jika ditawar menjadi ahli politik, aku sarankan Karam Singh tidak menerimanya. Apabila masuk politik, dia sudah menjadi orang lain.

karam adalah pelajar UPM di bidang TESL dan bekas seorang guru sekolah menengah. Juga pandai bermain hoki. walaupun mahir berbahasa Inggeris, tetapi buku-buku yang Melayunya adalah buku yang dikendongnya. Sayangnya, ramai Melayu yang bahasanya Melayu, tetapi gemar berbahasakan Inggeris dan merosakkan bahasa sendiri. Karam, kamu telah mempopularkan peribahasa Melayu. Perlukah sekali lagi polemik diwujudkan untuk menjadikan Karam sebagai Pejuang Bahasa?

Monday, May 29, 2006

akupunya pasal beli kereta baru

Mula2 sekali, akupunyapos ini tidak ada kena mengena dengan hak individu untuk membeli kereta kesukaan mereka. Tips ini hanya untuk sama2 pikir.

Bagi akupunyapikir, keadaan ekonomi automatif Malaysia kini nampak tidak begitu stabil dari segi harga dan kemasukan model. harga kereta cepat berubah pada bulan lepas kerana Dasar Automatif Negara (DAN). kemudian harga berubah apabila Naza dan syarikat kereta tempatan memasang dan meletakkan jenama mereka pada kereta import. Kedua-dua situasi ini telah banyak mengurangkan harga kereta di pasaran. Kesan yang dirasai ialah penurunan harga kereta terpakai yang akan turun mendadak. maka kereta yagn telah dibeli agak sukar untuk dijual semula.

Untuk pengguna yang mementingkan kepentingan pulangan wang yang dikeluarkan, adalah lebih baik membeli kereta yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan seperti Proton, Perodua, Naza, Inokom dan Hicom. Ini kerana pertama ialah harganya adalah harga sebenar tanpa kemasukan cukai import yang tinggi. Kedua ialah kerana kestabilan harga di pasaran yang membolehkan penurunan harga selepas dibeli tidak turun dengan mendadak. ini kerana ia tidak akan lagi berlaku klon jenama seperti Kia ditukar kepada Naza. Ketiga harga alat ganti yang murah kerana dibuat di dalam negara.

Jika membeli kereta luar yang diimport atau dipasang separuh di dalam negara, kemungkinan yang akan berlaku ialah penentangan kepada perkara2 di atas. Jika mahu beli jugak kereta luar, pastikan anda tidak membeli kereta jenama Kia dan dalam dua tiga tahun lagi pula elakkan membeli kereta China. Ini kerana kedua-dua ni kan diklon menjadi Naza dan Proton dan sememangnya keadaan ini akan memberi kesan kepada harga kenderaan yang dibeli pada masa hadapan.

Alang hendak beli, belilah jenama Toyota, Honda, Chevrolet. Kereta2 ini memanglah mahal sedikit dan berkualiti, tetapi ia tidak akan membuat anda mengeluh kerana harganya akan stabil dan mempunyai pasaran yang baik di masa mendatang. Satu lagi ia mempunyai alat ganti dan servis yang luas dan mudah didapati samada untuk alat ganti original atau Taiwan. Ini berbanding dengan Audi, Alfa Romeo, Skoda, Citroen, Peugoet dan Suzuki kerana pasarannya di Malaysia masih rendah dan kemudahan servis adalah kurang.

itu akupunya pos. tetapi kalau sapa nak beli kereta apa pun, kalau dah ada duit atau dah menang minat nak beli kereta, beli je la. itu hak masing2. akupunyapos ni untuk orang2 biasa yang mahukan pengeluaran duit membeli kereta berbaloi. beli kereta tidak seperti rumah. dan penjagaan rumah lebih mudah dari menjaga sebuah kereta!

Cerita MIC

Sekarang sedang hangat isu Timb Presiden MIC antara Subra dan Palanivel. Mr Sammy suka itu Pala, gaduh sama itu bacha Subra. Samy kata Subra mau cucuk dia punya belakang. patut la marah itu Samy kerana cucuk dia punya belakang. Ada sakit tau ka!

Bila aku tgk kisah MIC ni, aku teringat krisis UMNO antara Mahathir dan Anwar. tapi Mahathir tak sound directly dlm media macam itu Mr Samy. Mahathir masih cool and control handsome. Akhirnya Mahathir menang dengan pendekatan baik dan tenang yang diambil. Sekarang aku nk tgk bagaimana Mr Samy urus masalah dia dalam MIC. Aku jangka Subra menang lagi lepas ni. Kalau betul sangkaan aku, sudah pasti itu Mr Samy hangat punya dalam. Tetapi jika itu kehendak parti, "apa saya boley buat. dia sudah menang, menang la. tapi saya banyakkk sedihla."

tunggu dan lihat.

MyTeam Malaysia

Semalam aku ramalkan Malaysia menang 4 - 2 dengan MyTeam. Tapi keputusan sebenar, Malaysia 2, MyTeam 1. Tapi aku syok tgk perlawanan semalam. Skillfull, talented and passionate for both team. MyTeam keseluruhannya masih lemah dari segi kawalan dan hantaran bola dan strategi menyerang. ramai aku tengok yang lembek lutut. asyik2 jatuh. tapi kalau diorang ni diasah betul2, aku pasti memang kuat. tapi aku tak suka goal keeper MyTeam. koya dan perasan macam bagus. dah la lambat nak return the ball into the field. Malaysia nampak kemas dan Indra, khairulnisam and nanthakumar just a dummy utk sedapkan mata penonton. but the real team under 20 are very good players. kemas dan teratur. tahniah awalan untuk kedua-dua. kesimpulan, akugabungkan dua2 pasukan menjadi "MyTeam Malaysia".

Sunday, May 28, 2006

MYteam vs Malaysia. Siapa yang menang?

malam ini pasukan kampong lawan pasukan sekolah menengah. aku tak tau nak jangka macam mana permainan budak2 Malaysia ni. aku tengok saja. kalau best, aku sorak, kalau bodoh, aku gelak. tapi aku harap janganlah main bola macam Piala FA hari tu. main bola kawasan tengah, serangan pun tak best.

kalau MYteam menang malam ni, terukalh FAM kena kutuk. tapi aku sokong MYteam sebab diorang dah pergi Manchester. tgk dalam Majalah 3, diorang ni nampak macam geng Kelab Inggeris pulak. haha...

aku rasa MYteam kalah 4-2 kepada malaysia bawah 2o tahun.

ada betul ka?

klims 06..am i going there soon?

yeah..yeah...yesterday suddenly i made a decision. I wanted to go to KL to see all the cars in KLIMS at PWTC. hopefully i can go there and take a lot of pics! and also i hope all the exhibitor do their good job in their presentation of their product. so, i dont waste my money when i entering this exhibition.
entering fee rm 15...all the minyak and tol...hahahaha...duit lagi loh..
hehe...once a year spend the school holidays with my family...ok lah....

then, shopping and shopping....adoii...duit lagi lorrrrr

BCB Services

gladly i want to express my satisfaction on BCB Bank for their good job in upgrading their service tru the internet and electronic machine. I dont have anymore wasting my time to line up in front of the counter. All my loan payment i can do tru the ATM machine and internet. You BCB should setup this service application long time ago. more easy for your customer to give more money for you. and more easy your customer to accomplish monthly payment. I am satisfy. no need to praise u more lah...u are a bank. A bank always pau people...hihi

Thursday, May 25, 2006

MELAYU: siri 1

MELAYU,
kenapa bangsa aku dinama MELAYU? kalau ikut kata tatabahasa bahasa, MELAYU kata asalnya ialah LAYU. Layu bermaksud tidak kuat, lembik, lembut, mudah kalah dan tidak cukup air/makanan.

MELAYU,
kenapa bangsa aku dinama MELAYU? jika dibuat ayat guna perkataan MELAYU, memang tiada langsung ayat yang sedap didengar. "Pokok itu semakin MELAYU kerana tidak cukup air". "Cintaku MELAYU kerana aku bertepuk sebelah tangan"."Ko ni asyik MELAYU jer buat kerja. Cergas la sikit". ish..

MELAYU,
kenapa bangsa aku dinama MELAYU? mana muncul sejarah Melayu? Melayu asalnya tiada tamadun dan tidak siapa tahu dari mana muncul bangsa MELAYU. Ada yang kata orang Jawa kahwin campur, dapat MELAYU. Ada jugak kata orang India yang masuk Islam, baru wujud MELAYU. Asas kukuh kewujudan MELAYU tidak ada.

MELAYU,
kenapa bangsa aku dinama MELAYU?Jikalau ikut sejarah, MELAYU tidak ada sejarah. Kita hanya gah dengan Melaka. Parameswara, Hang Tuah dan semuanya. mereka ini bukannya orang asal MELAYU. India pun ada, Jawa pun ada. Mana datangnya MELAYU.

MELAYU,
kenapa bangsa aku dinama MELAYU? kenapa dinamakan MELAYU? tidak SICERGAS, PEPANDAI, atau apa2 saja. orang kata nama memberi kesan kepada tuan badan. Jika diberi nama baik, maka kesan yang baik lah tuan badan itu dapat. Mungkin diberi nama MELAYU, sampai beratus-ratus tahun Melayu diciptakan, sampai kini masih tidak kuat. Masih tidak mampu hidup bersama bermuamalat, masih lagi mengharap tuah dan bantuan, masih lagi tidak tahu berniaga, masih lagi tidak cekap mengurus, masih lagi tidak ada jutawan tersohor, masih lagi ...masih lagi (sambung)

Aku sokong

Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua)mencadangkan di dalam parlimen supaya pembinaan jambatan ke 2 Pulau Pinang dibatalkan di dalam RMK9. Sebabnya ialah kerana kalau buat jambatan, lagi banyak kereta masuk Pulau. Maka masalah kesesakan akan berambah teruk.

Lawak betul. apa yang aku nampak, tujuan jambatan kedua itu dibuat sebab ia di dalam kawasan Pak Lah. dan untuk menunjukkan sumbangan atau kemajuan di bawah kawasan Pak Lah, maka luluslah jambatan itu. Jambatan ni masa Tun M dulu mana kena layan. Jadi, ini semua Pak Lah punya projek.

Bagi aku apa perlu sangat jambatan kedua ni. Memanglah untuk mudahkan rakyat dan elak 'jammed' jambatan dok ada. Tapi apa istimewanya sangat Pulau Pinang sampai ada dua jambatan. Lagipun feri pun dah ada. Nampak sedikit perancangan dan penggunaan duit kerajaan yang tidak cekap di situ. nak kata pembaziran tak boleh sebab projek ni kena jadi Gajah Putih baru boleh dianggap pembaziran. Jambatan 2 ni takkan jadi gajah putih sebab orang akan tetap pakai. Tetapi keperluan apa yang nak sangat jambatan ni dibuat? Lagipun di Pulau Pinang, tanahnya bukannya luas mana pun dan lebih baik dimajukan kawasan di Tanah Besar di Sberang Prai.

Pikir punya pikir, banyak kosong dari isi tujuan jambtan ke2 ni dibangunkan. Lebih elok duit tu dibina untuk tambah kawasan perumahan dan kemudahan untuk orang Melayu di Pulau Pinang yang rumah mereka seperti hidup segan, mati tak mahu. Selain itu, duit itu lebih baik digunakan untuk membolekan orang Melayu Penang membuat pinjaman perniagaan untuk mula berniaga serta kursus2 bantuan.

bagi aku, peranan kerajaan haruslah bagaimana untuk mengurangkan bebanan di Pulau ke tanah besar dan ini lebih menguntungkan kepada duit kerajaan dan kemudahan rakyat. Nampaknya Pak Lah begitu baik dgn Koh Tsu Koon dan semakin hari orang2 Cina semakin dibela berbanding orang bumiputra, Si Melayu. Anak kera bagi susu cegah osteoporosis, anak sendiri kasi susu tepung jer? macam mana nie?

Bil Elektrik Naik

Seperti yang semua tahu, bil elektrik akan naik bulan Jun. Penggunaan 200kWj ke bawah terus dapat kadar 21.8 sen. Jadi, bagi keluarga yang hidup bersederhana, ia memang baik.

Bagi aku, cara kenaikan kadar ini satu tindakan yang dibuat secara bijak. ia meletakkan elemen sasaran pengguna yang perlu dikenakan caj tinggi. Ini bermakna, pengguna yang mewah dan yang tinggal di rumah2 bangloww, kondowww kenalah bayar lebih. Ini juga setimpal dengan cara hidup mereka yang mewah. 12% kadar dinaikkan dan mungkin bagi sesetengah individu, ia macam menghalau lalat di tangan. Mudah! Dengan tarif baru ini, keadilan sesama pengguna sudah berlaku.

Dari aspek ekonomi, aku sebagai rakyat setuju dengan tindakan kerajaan. Dan pada masa yang sama, kerajaan nampak bertindak dengan meningkatkan kecekapan operasi TNB di dalam mengurangkan pembaziran tenaga dan kos. Pengeluar tenaga bebas (IPP) dan TNB kini akan duduk sama rata dan sama rendah. Dan mungkin tidak lama lagi, elektrik ini akan menjadi satu perniagaan yang cergas sepertimana telekomunikasi tanpa wayar. Pengguna bebas untuk memilih syarikat mana yang mereka mahu untuk membekalkan elektrik ke rumah mereka. Tetapi keadaan ini mungkin melibatkan sesetengah kawasan sahaja terutama di kawasan lembah Klang dan di kawasan yang berdekatan kawasan perindustrian dan pelabuhan. Dan lepas ni mungkin kita dapat tengok iklan di dalam TV yang mempromosikan elektrik untuk dijual. Pabila wujud persaingan, kecekapan operasi TNB dan IPP lain akan meningkat dan ini akan menugntungkan pengguna di mana perang harga akan berlaku.

Tak pa lah. Tak payah melenting. Memang benda ni nak kena naik dan kena gaya pelaksanaan. Aku sebelum ni risau takut kerajaan laksanakan untuk semua peringkat hidup rakyat. Kalau naik semua, susahlah orang2 miskin dan kesian sikit kepada orang2 yang malas bekerja yang hanya mengharapkan belas kasihan orang lain.

Elektrik adalah keperluan asas manusia kini. Apa yang penting, semua orang mahu hidup dengan merendahkan kos kehidupan. Dan lepas ini, rakyat Malaysia akan lebih tahu tentang berjimat.

Wednesday, May 24, 2006

cakap kasi habiss

Makanan Islam

Isu halal haram mengenai makanan dan produk di Malaysia ni tak habis2. Bini aku dapt sms katakan DOVE dan Priggle kentang bakar tu haram kerana ada lemak babi. Padahal ramai di antara kita yang pakai dan makan benda nie. Lepas terima benda nie, aku tetap pakai jugak DOVE ni sebagai syampu. Hal-hal ini telah lama disebarkan sejak bertahun-tahun terutama email. Baru-baru ini pulak ada pihak yang keluarkan produk2 yang tiada logo halal. Banyak siot dan semuanya aku dah pakai dan makan. 100 PLUS, apa lagi tah..

Tetapi aku dan mungkin korang terus menggunakan produk yang kontroversi ni. Bagi aku, kerajaan kita ada JAKIM yang memantau halal haram. Aku tidak terima berita rasmi dari JAKIM mengenai produk ini. khabar angin bertiup merata-rata. semua benda yang kita makan dan pakai semuanya dikatakan haram. itu haram, ini haram. akhirnya kita nak pakai apa. nak harap logo. sapa2 bleh buat logo.

bagi aku kenapa akuterus pakai benda macam DOVE ni kerana aku yakin pada JAKIM dan produk itu tidak ada lemak babi. khabar angin tidak boleh dipercayai sangat. lagipun DOVE syarikat yang besar dan selalunya big comp ni akan mematuhi undang2 yang disediakan. kalau nak kata aku ni salah, salah lagi la keturunan sebelum kita kerana banyak lagi produk dulu yang tiada logo. jadi, apa aku nak buat? itulah keputusan aku. tapi priggle lepas aku tak mau makan dah. dulu aku makan jugak walaupun dalam email kata ada lemak la apa la, tapi la ni aku dah malas nak makan. dah tak lalu.
aku ni bukan tuhan. bila aku buat keputusan nak pakai lagi DOVE, aku pakai dan yakin dan berserah je la. kalau nak ikut, semua benda dalam umah aku tu aku kena buang.

Jadi, apa yang perlu ialah peranan JAKIM di dalam menyedia dan menyebar maklumat. Aku hanya bergantung kepada satu badan rasmi yang kata ia betul atau tidak. sekadar khabar angin, sesispa boleh buat. Musuh perniagaan boleh buat seperti mana terjadi kepada Ramly Burger dan Kicap Aleeza kot.

Satu lagi, benda yang asas kepada haram kepada umat Islam ialah alkohol dan babi di dalam makanan dan produk luaran. Jadi aku nak cadangkan kepada JAKIM atau sapa-sapa yang baca blogakupunya yang terlibat di dalam penyelidikan makanan, aku rasa korang patut buat satu enzim atau bahan yang dapat mengesan kehadiran alkohol dan babi di dalam makanan. Bagi aku yang pernah masuk aliran sains, cacing pita di dalam babi tidak akan mati walaupun dicincang daging atau dimasak mengikut suhu pemasakan makanan. Jadi penyelidikan yang dibuat mestilah menjadi unsur cacing pita sebagai asas.

Jadikan bahan ujian itu sebagai bahan yang mudah diguna dan dibeli oleh orang Islam. Buat la ia sebagai larutan seperti EYEMO dan hanya perlu titis ke atas makanan atau produk. Perubahan warna akan menentukan samada kehadiran unsur babi atau alkohol.

Kalau semuanya nak tunggu logo, logo pun orang boleh tipu. Tambah la lagi yang tadak logo. Kalau begitu, kita semua nak makan apa? Inilah akibat apabila ekonomi dikuasai orang kafir..

Piala Dunia 2006: Tarikan dalam paksaan



Dalam masa beberapa hari lagi, pesta bola sepak akan berlangsung. Pesta perlawanan di antara negara di dunia ini yang akan menghibur, meningkatkan semangat patriotik dan fanatik serta melibatkan pergerakan ekonomi dan mata wang seluruh dunia.

Tapi bagi aku, bola ni aku tengok jugak la. tapi tak la fanatik sampai sanggup bangun pagi, beli jersi mahal2, masuk peraduan, beli buku, baca buku, komen sana sini. Aku biasa yang normal. kalau dapat tengok LIVE, aku layan. kalau tak tgk, tunggu result. Result tu pun kalau aku tahu dalam paper. Bagi aku benda ni biasa sahaja.

Ni aku baru nak komen. Korang semua perasan tak semua di dalam media TV dan cetak, semua nya sibuk mempromosikan Piala Dunia ni. Dari orang yang tak tahu, akan jadi tahu. Mereka semua mesti tahu kerana setiap masa, benda pasal Piala Dunia akan disebarkan. Tak ada benda lain. Inilah yang dikatakan tarikan dalam paksaan. Contohnya kuiz yang dibuat di dalam tv dengan mengeluarkan soalan. Penonton yg berminat dikehendaki jawab soalan tersebut. Di dalam masa yang sama, orang2 yang menganggap Piala Dunia ni benda yang biasa, juga turut terlibat kerana terpaksa terlibat dan mengambil tahu tentang soalan dan jawapan Piala Dunia itu. Biasalah, bila nak buat, semua akan diusahakan. Kalau Islam dipromosikan begini, kan elok. UMNO boleh jadi parti Islam yang sempurna dan rakyat pelbagai agama disatukan melalui keindahan Islam.

Kenapa promosi sebegini dapat dibuat? Sebabnya pihak TV yang buat promosi ini telah membeli hak terhadap penyiaran dan perkara2 yang melibatkan Piala Dunia ini diJerman. Duit sudah keluar banyak, terpaksalah bekerja keras mempromosikan ia untuk menarik penonton. Dengan adanya ramai penonton, maka duit yang mereka keluarkan akan dijana kembali melalui iklan-iklan yang disiarkan di dalam slot penyiaran mereka. Dan akhirnya, modal akan terbayar. itulah kisahnya.

Asasnya di sini ialah duit. Yang dikejar adalah duit. Kalau tidak pasal duit, Piala Dunia ini tidak gempar satu muka bumi. Duit elemen penting di dalam kehidupan. Sebab itu pelbagai jenis manusia menyokong. Duit kita boleh nampak dan boleh terima kebaikan dan faedah serta merta. namun, akhirat yang melibatkan tatacara agama tidak semuanya disokong kerana pahala dan dosa tidak boleh nampak. Faedah dan balasan tidak dapat dilihat serta merta.

Itulah yang dikatakan permainan dunia. Manusia adalah khalifah, tetapi jika lupa peranan, maka kita semua sama seperti haiwan dan makhluk yang yang hidup untuk makan, tidur dan seks.

Tuesday, May 23, 2006

Melayu Wheelie



kecik-kecik dulu aku pernah main basikal. tapi ada gak wheelie...tp tak sehebat la ni. basikal dan moto semuanya mahu diwheeliekan. aku ingat kat tempat aku saja budaya nie, rupa-rupanya satu Malaysia memang suka wheelie ni. Budak2, mat rempit, bapak budak semua suka wheelie ni. Semua pakat ketagih. asyik2 wheelie. ada yg tergolek, patah tulang semua dah kena.

tapi yg aku perasan geng2 wheelie ni semua muka Melayu. Cina tadak yg dok wheeli. aku tak jumpa lagi budak2 Cina dok wheelie.

Apa sudah terjadi kepada orang Melayu? semua suka wheelie? adakah ini dapat menjana pendapatan? meningkatkan kekuatan batin?

wheelie sikit2 sudah la kan, ni semua nak wheelie....nak lama2 palak tu..pelik sungguh...

aku tunggu bila fenomena ni habis...dan nk tgk apa yg ganti budaya nie...

Ekonomi Malaysia Cina saja?

Ekonomi Malaysia kini nampaknya dikuasai oleh orang Cina. Itu adalah realiti. Dari sekecil-kecil perniagaan sehingga semega-mega perniagaan, merekalah yang mereka kuasai. Walaupun perniagaan kecil, tetapi mereka adalah kuat di dalam pasaran sekeliling mereka. Walaupun membuka kedai membaiki basikal, mereka tetap boleh hidup dan menguasai pasaran setempat. Apatah lagi perniagaan yang besar.

Orang Melayu tidak bermiant berniaga kerana ramai keturunan sebelum mereka tidak ada asas untuk berniaga. Orang Melayu sebelumnya ramai yang lebih suka bertani dan bekerja makan gaji terutama dengan kerajaan. namun hari ini, kesedara kepada orang Melayu untuk melibatkan diri di dalam perniagaan mestilah diwawarkan.

Kita lihat kini betapa syarikat kecil dan besar yang dimilik oleh oran gCina menggaji orang Melayu sebagai pekerja bawahan. Dengan insentif yang baik, orang Melayu akan menganggap tauke mereka sebagi tuan yang perlu dihormati kerana merekalah yang memberi gaji. Sedar tak sedar, syarikat yang menggaji pekerja Melayu semakin lama semakin mengajak orang Melayu lupa kepada diri mereka sebenar. iaitu soalh agama dan adab budaya. Berapa ramai anak muda kita yang bekerja di kedai2 telefon, pasaraya dan kedai-kedai barang yang lain yang dimiliki oleh orang Cina tidak menunaikan solat, mengangkut arak, makan sepinggan dengan rakan mereka yang bukan beragama Islam, couple lelaki dan perempuan. Pada masa inilah, soal halal haram ditolak tepi oleh mereka. Setakat mana mereka ini anak2 Melayu mampu bertahan kekuatan iman dan ketebalan budaya Melayu apabila berhadapan dengan arahan tauke Cina mereka? Ada ramai anak2 Melayu kita tidak langsung solat kerana hanya bekerja dan tiada masa. Orang Melayu kini yang muda dan tidak berpendidikan lanjutan tidak mampu bekerja mbesar dan terpaksa bekerja dengan cara ini. Gaji dilingkungan rm400-7-- sudah cukup bagi mereka.

Oleh itu, orang Melayu kena rajin berusaha untuk berniaga. Masalahnya ialah mereka ini takut dengan risiko perniagaan dan tidak tahu selok belok cara bernaiga. ramai yang tidak mulakan. hanya bergantung kepada bulan yang diletak di atas riba. Bila jadi kontraktor, hanya harapkan kontrak kerajaan. dan ada yang dapat, buat kerja tidak betul dan selekeh. Maruah bekerja tidak dipraktikkan.

Nak kata banyak, aku pun Melayu. aku pun kerja makan gaji. Jadi aku harap mana-mana Melayu yang baca ni cubalah untuk berniaga. Jadilah wakil Melayu di dalam bidang perniagaan. Aku mungkin berkecimpung di dalam perniagaan masa tua nanti. Itu pun kalau panjang umur. Geraklah anak bangsa kita supaya rajin bekerja dan berniaga.

YB Yasin

import balak punya pasal, syarikat sendiri punya pasal, jumpa Ketua Pengarah Kastam punya pasal, YB Jasin terpaksa mengadap Najib dan geng untuk ditemuramah khas. Dalam surat khabar YB Jasin kata nak tolong syarikat bumiputra bermasalah. rupa0rupanya syarikat sendiri. Awat jadi lagu tu?

Setahu aku, sesapa nak jadi YB, tiada langsung pegangan di dalam syarikat. ringkas kata tak terlibat di dalam perniagaan selama mana dia memegang jawatan kerajaan. Tetapi macam mana YB Jasin boleh buat?

YB Jasin ni dulu dalam TV3 pernah jugak komen pasal sekolah kebangsaan yang tidak boleh diterima oleh orang Cina. Dia kata bangunan Surau tu yang buat orang Cina tak mahu hantar anak pergi sekolah. Betapa baiknya YB ini membela orang Cina. Tetapi pada masa bila pula dia nak membela bangsanya sendiri?

apa apapun, sendiri cakap, sendiri tanggung. YB BN sekarang ni bukan macam dulu semasa di bawah pemerintahan Tun M. Dulu isu2 hangat tidak boleh di bawa ke parlimen. Di bawah Pak Lah kini, semuanya terbuka. Mungkin Tun M bijak tidak benarkan isu hangat ke parlimen untuk senang dia buat kerja atau senang nak kaut undi berbanding Pak Lah yang tujuannya untuk meunjukkan ketelusan. Akhirnya keterbukaan semakin terbuka dan kelemahan yang ada terpancul keluar. Kini orang BN sama BN yang tidak puas hati boleh marah sama sama mereka. Sampai Shahrir pun letak jawatan pengerusi BBC.hihi..buatla apa pun, asalkan kerajaan kita nie elok. jgn jadi kerajaan korup...dan berkurap.

Caj Kereta Singapura

Kerajaan akan mengenakan caj rm20 bagi kereta asing yang keluar dari Malaysia. Singapura sudah pun melaksanakan caj ini dengan mengenakan caj sebanyak $S 20. Bagi aku ringgit yg rendah dari $S seperti tidak ada apa2 bagi orang Singapura. Sepatutnya Malaysia menukar nilai $S20 kepada nilai ringgit dan dikenakan kembali kepada kereta asing ke Singapura. Bagi Thailand, mungkin RM20 sudah memadai, tetapi bagi Singapura kerajaan kenalah tinggikan sikit.

Kerajaan Malaysia ni takut sgt nak bertindak dengan Singapura. Sebelum ni pun benda ni tak dilaksanakan sebab nak kaji dulu. Orang Singapura senyum jer.

Jadi, apapun caj rm 20 ni walaupun rendah, tapi ia bagus untuk dimulakan. Orang Singapura selama ini berlagak belanja, saman tak bayar, bawak kereta atas jalan raya tanpa bayar cukai jalan, harus dikenakan caj. Begitu juga kereta-kereta Siam. Kerajaan perlu tegas dan jangan pulak lepas ni bila Singapura bersuara, ditarik balik caj ini.

Projek Keretapi Laju Malaysia

Masa era tun Mahathir, telah dicadang dan direkabentuk satu sistem keretapi utara selatan Malaysia. Ia akan menghubungkan landasan keretapi berkelajuan tinggi di antara Padang Besar sehingga ke Johor Bharu. Mengikut spesifikasi yang dikeluarkan dulu, kelajuan keretapi ini ialah 175km/j dan berlandasan ganda. Tender pun dudah dikeluarkan sebelum Pak Lah mengambil alih jawatan PM. Siemens pada masa itu dilihat sebagai pihak yang akan membida projek ini.

Namun, setelah Pm bertukar dari Tun ke Pak Lah, projek ini dihentikan. Sebabnya untuk memastikan penggunaan wang negara lebih baik dan ditumpukan ke arah yang menjana ekonomi dan kebajikan masyarakat. Itu adalah keputusan Pak Lah sebagai PM.

Tapi apa aku punya cerita, aku lebih suka jika projek ini dilaksanakan dan disiapkan lebih cepat. Sebabnya ialah bagi aku ia akan memudahkan perjalanan rakyat yang kaya dan miskin dengan kos yang murah, cepat, selamat dan cekap. Pada ketika ini, bas ekspress adalah pengangkutan yang utama di Malaysia untuk perjalanan jarak jauh. faktor keselamatan dan keselasaan rakyat tidak begitu baik. Sudah berapa banyak kes kemalangan bas ekspres, penipuan tiket, penganiayaan penumpang, kes tempat berhenti rehat, kes cabul dan rogol semuanya pernah berlaku. Walaupun peratus kejadian tidaklah membimbangkan, tapi bagi aku lebih baik adanya sistem keretapi ini.Lagi satu, bila kes nak balik raya utk semenanjung, tak lah 'jammed' di lebuhraya. dah la bayar, tapi jammed dan lambat sampai. kemalangan pun banyak.

Kita lihat sahaja ERL di antara KLIA dan KL Sentral. Ia sungguh selesa, selamat dan tepat. Tiada lagi kes kemalangan dicatatkan kerana ia dikendalikan secara sistematik elektronik dan dipantau secara berpusat. Kemudahan di stesyen dan di dalam gerabak cukup memuaskan.

Tapi kenapa Pak Lah hentikan? Sepatutnya ia diteruskan di samping menjana pembukaan tempat-tempat baru untuk dibangunkan. Tempat-tempat baru pasti akan dibuka apabila sub stesyen keretapi ini didirikan di sepanjang landasan. Rakyat akan dapat menambah peluang ekonomi mereka di tempat-tempat yang sebelum ini tertutup. Kos akan jadi lebih murah dan pemantauan akan menjadi lebih mudah utk kerajaan. kalau nak habis duit, kempen batik dan sutera yang hanya untuk orang2 tertentu dan kaya-kaya jugak memakan wang. apa salahnya kerajaan melabur untuk projek keretapi laju ini.

Cerita AF

Akademi Fantasia dah mula nampaknya di dalam Astro. 20 orang budak2 "yang mahu menambah pendapatan keluarga, mahu jadi artis terbaik," telah ditonjolkan dalam siri-siri AF. Aku ada tengok jugak siri2 ini. Muka semua budak-budak ni memang kanyaq, ada yang dah pakai subang, konon fesyen bagi mereka, budak perempuan bertudung, tunjuk pusat dan macam-macam lagi. Ini juga salah satu punca moral budak2 Melayu makin hampeh.

Aku bukan nak komen pasal moral, tetapi aku nak komen pasal perasaan dan hati budak2 ni. AF kali ini adalah yang keempat. Mereka semua dah tahu bagaimana diri mereka apabila menjadi artis AF. Sewaktu rakaman kelas, persembahan, memberi ucapan dan semuanya telah mereka tahu. Maka akan wujud persediaan diri mereka untuk menunjukkan mereka ini yang terbaik, Ini penting kerana mereka perlu undi SMS. Yang kurang ajar, yang suka mencarut, akan menjadikan muka mereka seperti orang baik apabila ditemuramah. Sopan santun, segan silu. Ada jugak nanti yang mengada-ngada, menunjuk perasaan, menunjuk kecantikan, manja dan semua bala semata-mata untuk menonjolkan diri. Mereka sudah tahu apa yang mereka perlu buat. Maka akan jadi pelakon untuk orang ramai melihat talatah mereka yang dilakonkan dan sedikit diri mereka yang sebenar. Kalau tanya kawan rapat2 mereka, adakah mereka berubah, mungkin ada yang kata masih sama dan ada yang kata telah berubah. Tak tahulah adakah masih sama buruk atau berubah dari baik ke sombong. itu aku tak tau.

apa yang penting, Malaysia kini terlampau banyak artis. Artis dijadikan sebagai saintis yang perlu sangat dihasilkan di Malaysia. Sampai semua stesyen tv nak keluarkan artis. Sekarang ni orang yang berpendidikan tinggi tidak lagi diperlukan. Apa yang perlu hanya tahu menyanyi, menari, watak menarik. Watak menarik mestilah handsome atau cantik, cakap lemah lembut, ada alim2 sikit. Tapi bagi aku, semua itu membuang masa dan melemahkan diri belia negara.

Kesan AF makin menjadikan remaja dan belia leka dan mudah alpa. Terutama si bangsa Melayu. Sudahlah kerja sendiri tak reti, asyik buat anak tak daftar saja banyak. Yang penting, "happy". Kalau Malaysia ni kena serang, macam mana la kita semua nk hidup. Semua remaja dan belia yang kaut2 sudah jadi lembik, mudah diperdaya dan mungkin menjadi pembelot negara. Pembelot ini mungkin ramai di kala Malaysia sudah tertalu lemah dan ingin mudah, ramai yang akan belot dan tidak memepertahankan tanah air.

AF ini menjana duit buat Astro, tetapi kerajaan yang mahukan modal insan yang cemerlang, terbilang dan tak tahu lagi nak bilang mestilah memantau dan mengurangkan fenomena mencari penyanyi hingusan atau mee segera ini.

Astro sepatutnya dibimbing oleh kerajaan untuk menjadikan insan di Malaysia ini lebih berguna. Tapi seperti biasa, kerajaan kita yang lemah lembut mestilah tak mahu berkeras dengan pembayar cukai. Dan mungkin juga orang2 penting di dalam Astro tidak mahu disentuh. Betul ke aku cakap nie? hihi..

Monday, May 22, 2006

Piala FA: macam hampas

aku ada tengok dalam tv pasukan Perlis dan Pahang main bola. tujuan nak dapat Piala FA. Nilai Piala punyalah tinggi. Rekabentuknya mengalahkan mahkota raja MElayu. Tetapi yang lecehnya apabila permainan untuk merebut Piala FA ini seperti orang bodoh. Tidak langsung terhibur. Banyak kelemahan. Akhirnya menang dengan sepakan penalti. Lebih baik tak payah main. kata bodoh marah. tapi dah memang kerja main bola. Main la macam pro sikit. Aku tgk sampai penalti akhir tu la. Lepas tu aku tukar channel. Aku tengok sampai habis bukan sebab terhibur, tapi aku nak tengok apa jenis bodoh diorang ni main. Apa-apapun. memang kecewa. Hampas...

Sembang Proton

aku bukannya orang korporat. Bukannya berduit berjuta-juta. tetapi aku rasa pelik dengan isu Proton. Sudah 10 tahun lebih diwujudkan, tiba-tiba ia dilihat sebagai GLC yang paling tidak kompetitif. Adakah salah CEO yg lalu, atau salah dasar kerajaan?

Proton telah membeli Lotus dari UK melalui kepintaran Datuk Yahya Ahmad yang meninggal dari kemalangan helikopter. Sepatutnya dengan adanya Lotus, isu pergabungan atau kesefahaman syarikat luar tidak perlu timbul lagi. Lotus sudah cukup untuk menghasilkan produk yang bermutu untuk jenama Proton.

Jika dilihat dengan teliti, Proton pada masa ini, sudah mampu mengeluarkan produk-produk yang perlbagai jenis modul. MPV, SUV, coupe, cabriolet, luxury sedan, semuanya Proton boleh buat. Dengan kecairan aset dan simpanan yang tinggi pada satu masa dahulu sepatutnya digunakan untuk menghasilkan R&D untuk produk baru. dan pada masa kini, Proton seharusnya telah mencipta enjin dan model kereta yang terkini.

tetapi apa yang terjadi ialah kerana prospek yang lupa diri menjadikan Proton tidak kompeten. KIA lebih muda dari Proton, tetapi banyak model. Rekabentuk lebih menarik dan berkualiti.

Proton sebelum ini memang menipu pengguna di rakyatnya sendiri dengan menjual produk yang kurang spesifikasi dan mutu berbanding kereta yang dijualnya di pasaran luar. Harga adalah sama, tetapi bahan dan bahagian tertentu di dalam modelnya dikeluarkan apabila dipasarkan di Malaysia. Maka yang menanggung beban adalah rakyat Malaysia sendiri. Kualiti dan keselamatan menjadi lawak jenaka oleh orang2 Proton. Mungkin sebab itu proton menjadi lemah akibat bala yang menimpa mereka.

setakat hari ini, Proton masih lemah dan tidak lagi mampu untuk bersaing. Penghasilan produk2 baru tidak dilihat sebagai core business. Proton kini hanya menuju kepada pemasang kereta. Ini akan terbukti apabila join venturew\ dengan syarikat luar dilakukan. Akhirnya, Proton akan menjadi seperti Naza.

Apa-apa pun, semua ini adalah kelemahan pengurusan. Mungkin orang Melayu jadi kepala. Kalau Cina, mungkin sekarang sudah maju. Tetapi adakah persepsi ini betul? Aku tak tahu. Orang2 atas sahaja yang tahu. Rakyat hanya makan nasi 3 kali sehari, mereka makan macam2 6 kali sehari.

Pilihanraya Sarawak

Pilihanraya sudah tamat. BN menang dengan majoriti mudah. Tapi tergugat dan tersentap apabila DAP menang 9 kerusi. Sebelum ini parti pembangkang hanya menang 2 kerusi.

Faktor utama ialah kerana 'persahabatan' partiĀ² pembangkang bekerjasama tidak melawan satu sama lain di tempat undi yang sama. Kedua ialah kesan daripada tindakan parti pemerintah yang gagal meraih hati rakyat. Isu bebanan harga minyak dan harga barang telah berjaya digunakan DAP dan sekutu untuk menumbangkan BN di 9 kerusi bandar. BN banyak menang di kerusi pekan dan kampung serta ulu.

Walaupun 9 kerusi, itu jugak petanda buruk buat BN kerana bandar adalah kata kunci utama. Ini kerana 9 bandar itu wakil kepada keseluruhan Semenanjung yang kini diperintah oleh BN. 9 bandar itu menang kerana orang2nya yang tahu berfikir dan tahu tentang kepentingan pemerintah dan hak rakyat.

Rakyat tidak lagi menerima tontonan RTM yang menonjolkan PM dan TPM membuat muka kasihan dan membuat kenyataan yang mahukan rakyat memberi mandat kepada kerajaan.

Kerajaan yang memerintah kini termasuk para pembangkang perlu berubah dari menganggap satu undi akan membolehkan aku buat apa yang aku suka. Cara ini boleh dipakai untuk tahun 50-an hingga 90-an sahaja. Masuk abad millenium ini, kesedaran sivik, mental dan hak telah meningkat di kalangan rakyat. Rakyat tahu apa yang patut dibuat oleh PM, TPM dan para menteri yang diundi. Rakyat boleh menilai samada keputusan dan cara pemerintahan dan pentadbiran yang dijalankan adalah munasabah atau tidak.

Rakyat kini lebih berfikiran matang dan dari luar, mereka tahu bagaimana seseorang ahli kabinet itu boleh menjalankan kerja.

Di dalam kes Pilihanraya Sarawak, Taib Mahmud masih bernasib baik kerana masih menang untuk diri dan partinya, BN. Malam diuumumkan keputusan dan kemenangan BN, RTM secara langsung memaparkan Taib Mahmud gembira sambil memotong kek.
Apabila siaran ini dibuat, rakyat bertanya di dalam hati mereka. Adakah aku undi untuk kepentingan diri aku atau kepentingan Taib Mahmud? Adakah jawatan MB itu begitu besar dan tinggi darjat seakan-akan Ayah Pin kerana perlu diberi kek untuk diraikan? Perlukan orang2 suruhan dan sesetengahnya dilihat seperti pencacai menjadi kuli untuk menyenangkan Taib Mahmud?

Rakyat juga bertanya, Sarawak ini milik Taib Mahmudkah seperti mana dia memiliki syarikat? Dia boleh buat suka hatinya, menjadikan dirinya hebat dan orang lain hanya perlu mendengar cakapnya sahaja? Sehingga kalau dia buat lawak, orang lain perlu gelak kerana dia Ketua Menteri Sarawak?

Berapa besarkah taraf dirinya itu?

PM, TPM dan semua ahli kabinet perlu sedar akan hal ini. Cetusan rasa meluat dan benci semakin disemai. Ia bukan disemai oleh parti pembangkang, tetapi ia disemai sendiri oleh penjawat-penjawat berundi. Diri mereka sendiri yang membuatkan orang makin rasa benci.

Kehilangan 9 kerusi bandar adalah kerana orang-orang di bandar lebih bijak, tahu berfikir, tahu selok belok prosedur kerja kerajaan, tahu mana satu salah dan mana satu betul, sedar akan keperluan mereka untuk dibimbing oleh kerajaan, bukannya untuk membimbing kerajaan yang ada.

Kepada kerajaan, sudah banyak kesilapan, lopong dan kelemahan tertonjol. Bagi aku, 70% adalah dari pihak kerajaan melalui bapak-bapak dan ibu menteri, ketua-ketua agensi kerajaan, PBT dan aspek tutup sebelah mata untuk kes yang berprofil tinggi.

Pilihanraya umum akan tiba tidak lama lagi. Adakah di bawah pimpinan kerajaan kini yang meletakkan Islam Hadhari sebagai unsur, boleh bertahan?

Islam Hadhari pada mulanya dilihat gah untuk dipraktikkan, tetapi kini dilihat sebagai Islam Ada Hari. Kenapa? Semua orang boleh tengok dan nilai sendiri. Gejala sosial, jenayah, rasuah, kronisme, nepotisme dan ketidak kecekapan operasi penguatkuasaan. Semua ini melibatkan ahli-ahli kabinet sehingga orang yang kerjanya mengejar dan menyerbu orang. Ada hari boleh buat, ada hari jadi salah. Ada hari pakai tudung, ada hari boleh buang tudung. Adakah ini yang dikata Islam?

Rakyat semakin berani membuat keputusan. Jika silap langkah, jutawan boleh papa kedana, penguatkuasa akan menjadi penjenayah dan tauke menjadi kuli. Rakyat kuasanya besar dan sekelip mata boleh mengubah siapa yang berada di Putrajaya.

Bukan untuk anti BN, pro pembangkang, tetapi itu adalah realiti. Jika mahu terus berkuasa, laksanakan tanggungjawab dengan betul, adil dan cepat.

RTM tak usahlah membuat siaran langsung potong kek, televideo, apa semua tu. rakyat tak mahu itu semua. yang rakyat mahu ialah kerja kerajaan berjalan dengan betul dan tidak menyusahkan rakyat.

Kerajaan dari rakyat, dan rakyat mencipta kerajaan.